Selasa, 23 Julai 2013



Assalamualaikum.

Sejak awal Ramadhan, seperti biasalah ya bazar ramadhan mewarnai sebulan yang penuh dengan barakah ini. Berbagai juadah aneka pilihan boleh di dapati di sana. Dari lauk-pauk dan kuih-muih hinggalah pelbagai jenis minuman yang sangat menyelerakan pengunjung mengikut citarasa masing-masing.

Bagaikan pesta makananlah. Pilih sahaja yang di sukai. Maklumlah ya, bulan berpuasa. Tentu selera makan meningkat. Rasa hendak menikmati juadah pilihan sudah pasti. Inilah masanya. Datang sahaja ke bazar ramadhan berdekatan. Insyaallah hajat di tunaikan. :)

Di mana sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa hari ini, biasanya ada satu lagi acara yang sangat hebat sebenarnya ni. Setiap kali hampir pertengahan puasa dapur di rumah-rumah mula beroperasi untuk ke sekian tahunnya. Kaum muslimah dan ibu-ibulah yang berperanan.

Tidak lain dan tidak bukan, aktiviti membuat kuih raya yang di maksudkan. Setiap keluarga mulalah beraksi mempersembahkan bakat masing-masing. Ibu-ibu , adik-adik  dan kakak-kakak mulalah bertugas. Tugas setahun sekali yang di rindui.

Namun ada juga yang membeli sahaja. Mungkin kerana tidak sempat atas faktor masa dan jadual harian yang padat. Jadi dengan membeli ia mudah dan cepat.

Tidak ketinggalan juga, pasti ramai yang membuat kuih raya untuk di jual. Berniaga kuih raya. Masyaallah. Ini sangat menguntungkan. Dan sangat di tunggu-tunggu oleh pengusaha. :)

Baik. Semoga bertemu lagi . SALAM MUBARRAQ







Tiada ulasan:

Catat Ulasan