Selasa, 8 Oktober 2013

Anytime and Anywhere


إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ

“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)”. (Surat Az Zumar: 30).

Assalamualaikum. Salam bahagia.

BEBERAPA minggu yang lalu , saya menghadiri pengkebumian seorang hamba Allah. Bersama saya seorang pakcik yang kelihatan sihat. Tetapi sedikit terhincut jalannya. Kesan kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu. Panggilannya Wak Im.

Selepas menjengah-jengah untuk melihat jenazah di masukkan ke liang lahad dari belakang himpunan keluarga sanak saudara arwah , saya dan Wak Im serta hampir 200 orang yang lain masing-masing menunggu jenazah di talqinkan. Kesempatan itu kami bersembang panjang berkaitan hal kematian.

Sementara beberapa lelaki dari keluarga arwah bergilir-gilir memasukkan tanah menutup liang.

DUA hari yang lepas , sekali lagi saya ke tanah perkuburan yang sama - bersama-sama qariah mengiringi, berziarah dan mendoakan untuk jenazah al marhum WAK IM.

Al Fatihah

10 ulasan:

  1. Mati kita tak boleh nak dijangka. Kena bersiap sedia. Tapi tak sanga giliran wak im pula meninggal dunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar. Ia tidak terduga sama sekali. Mengajar saya untuk lebih mengingati kematian.

      Padam
  2. insaf insaf hari ni dan selamanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan. Begitulah yang diharapkan - istiqomah

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Tanah perkuburan juga satu peringatan utk yg masih hidup. Ada satu quote sbgai renungan kita.

    Kita lahir dengan tangan kosong. Kita akan kembali juga dengan tangan kosong. Oleh itu percayalah, semua yang kita miliki di dunia hanyalah pinjaman semata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Penjelasan yang bermotivasi dan mendidik
      Dapat menjadi panduan

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam