Assalamualaikum. Salam bahagia.
Insyaallah, esok kita akan menyambut satu lagi Hari Raya selepas kegembiraan Aidilfitri pada Syawal yang lalu. Kini Zulhijjah tampil bersamanya Aidiladha, berinspirasi untuk kita lebih memahami dan menghayati erti perngorbanan.
Mengingati sejarah Nabi Allah Ibrahim as sudah menjadi kemestian. Peristiwa yang tidak akan di lupa sampai bila-bila. Setiap tahun menjadi amalan umat Islam di mana jua berada di atas muka bumi ini.
Kematangan umat Islam di masa ini di visualkan dengan penumpuan di tahap maksimum setiap kali tibanya satu-satu hari besar agama Islam. Meraikan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran tahap tinggi di lihat menjiwai setiap seseorang mukallaf.
Tidak di nafikan, bahkan banyak 'ketelanjuran' masih ada dalam realiti di kalangan peribadi Muslim, namun keinginan kepada kesedaran juga seiring dan adakalanya bersaing mendahului.
Jika suatu ketika di belakang, sering di persoalkan mengapa unsur agama di letakkan sebagai langkah akhir di dalam satu-satu situasi mencari jalan penyelesaian. Waktu itu idea atau formula-formula 'update' yang di import dari barat sangat popular sebagai penyelesai masalah.
Namun kini, formula yang bergantung penuh hanya dengan 'pemikiran brilliant' tidak lagi mendapat tempat di hati umat Islam. Teori-teori 'bijaksana' yang dulunya di anggap 'ubat' sebenarnya hanya berkesan untuk sementara. Tidak sedikit juga ada yang sebahagiannya menambah lagi 'penyakit'.
Jika di teliti , di musim ini ,umat Islam khususnya masyarakat Islam di negara kita Malaysia tercinta ini, lebih memilih Al Quran dan Sunnah sebagai formula terbaik dalam menempuh kehidupan ini. Baik secara individu , masyarakat mahupun di peringkat kerajaan pemerintah, ianya jelas kelihatan.
Menyenaraikan agama di barisan terakhir sebagai langkah penyelesai masalah adalah kesilapan yang ikhlas di akui oleh peribadi muslim. Bersama ketelusan dan hati yang lurus, kesilapan itu segera di tebus dengan sebuah pengorbanan sama ada secara fizikal mahu pun secara berperasaan. Di mana-mana dan bila-bila...
Selamat Hari Raya Qurban
Idea dan pemikiran berteraskan fahaman Islam sering di'anaktiri'kan lantaran sikap masyarakat yang mengagung-agungkan budaya Barat. Tambahan pula, masyarakat Islam jarang-jarang sekali digalakkan supaya berfikir secara kritis.
BalasPadamMasyarakat kita lebih banyak mencedok idea daripada mencipta idea.
Moga ada peningkatan dalam transformasinya
Padam