Jumaat, 15 November 2013

42,646

Assalamualaikum. Salam bahagia.

'Terima kasih cikgu'

'Terima kasih ibu ayah'

Begitulah lafaz - lafaz kesyukuran yang kedengaran daripada lepasan-lepasan UPSR 2013 yang telah mendapat keputusan cemerlang dan juga yang lulus. Setelah fokus berhempas pulas sehampir 5 hari menguji minda , kini masanya untuk mereka mengetahui kemampuan IQ masing-masing.




'Terima kasih ya anak-anak'

'Terima kasih ya murid-murid'

Mungkin itulah juga yang terlafaz dari kegembiraan ibu ayah serta para guru kepada anak - anak merangkap pelajar yang terlibat menduduki UPSR tahun ini.

Di beritakan , pencapaian untuk kali ini adalah yang terbaik sepanjang 4 tahun.


https://pbs.twimg.com/media/BZEhKaXCcAEXKz2.jpg


Harusnya, khabar gembira buat pemimpin nombor satu, YAB Perdana Menteri kerana tentunya ia adalah berita baik untuk Negara.

"@NajibRazak: Tahniah buat pelajar-pelajar yg mendapat keputusan cemerlang dlm UPSR. Nikmati masa cuti ini sepenuhnya sebelum masuk ke sekolah menengah."
- Ucapan beliau di laman Tweeter


P/s: bagi pelajar dan ibu bapa yang tidak kesampaian (muslim / non-muslim) , masih perlu tetap bersyukur ya - terkandas di sini , selain boleh berusaha lagi ,adanya kejayaan yang menunggu di sudut yang lain (InsyaaAllah)

----- ----- -----

KOsMO

14/11/13

UPSR 2013 terbaik dalam empat tahun - KP Pendidikan

PUTRAJAYA - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud hari ini.

Beliau berkata, seramai 466,167 calon menduduki UPSR pada tahun ini dan pencapaian keseluruhan telah meningkat sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN).

"Ini merupakan keputusan UPSR terbaik dalam tempoh empat tahun iaitu sejak tahun 2010 di mana GNP telah meningkat dari 2.31 mata pada tahun 2010 kepada 2.30 mata (2011), 2.31 mata (2012) dan 2.27 mata pada tahun ini. (Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik).

"Ini satu pencapaian yang membanggakan. Saya mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR di sini hari ini.

Abd Ghafar berkata, seramai 42,646 calon UPSR tahun ini berjaya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran, peningkatan sebanyak 0.21 peratus berbanding tahun lalu. - Bernama

5 ulasan:

  1. Semua meningkat...Tahniah kepada semua yang berjaya. Tapi...benarkah statistik ini menunjukkan situasi sebenar? Jika kuantiti yang menjadi kemegahan...pasti tidak akan kemana. Kualitilah yang harus di utamakan...apalah maknanya kelulusan jika tahap utk dpt A sama seperti dapat B pd sepuluh tahun dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Qualiti adalah keutamaan.
      Ia menjelaskan perlaksanaan.

      Padam
  2. Tahniah untuk adik-adik yang telah berjaya...yang gagal cuba yang terbaik dalam PMR...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Masih ada peluang lagi di masa akan datang. Boleh bermula dari sekarang.

      Padam
  3. Sama - sama ya. Terima kasih kembali.

    BalasPadam