Menjelang Awal Muharram , selain siaran secara langsung perhimpunan sambutan Maal Hijrah di kaca TV pada tharikhnya nanti, slot drama atau telemovie berunsur keagamaan yang menarik sudah pun di sediakan untuk tontonan umum - khususnya kepada umat Islam.
Beberapa sedutannya sudah pun di siarkan. Dapat kita saksikan di RTM dan Siaran Media Prima serta Astro. Cuma saya tidak berapa ingat apakah tajuk-tajuknya. Apa pun slot yang akan di tayangkan nanti tidak lari dari tema berunsur nasihat dan tauladan. Pastinya, ia sangat berkait rapat dengan konsep Hijrah itu sendiri.
Namun ingatan saya hanya terarah kepada sebuah sahaja telemovie.
"KABUS"
Yang pernah saya tonton lama dulu. Penceritaannya di 'hidupkan' dengan begitu hebat sekali oleh dua pemegang watak utama yang sangat berwibawa - Eman Manan dan pelakon dari seberang , Alex Komang.
Rasanya , pembaca juga sudah sedia maklum akan telemovie hebat itu. Tayangannya bermula sempena menyambut AidilFitri beberapa tahun yang lalu. Siarannya di Astro Oasis. Sejak itu ia kerap di ulang siar di Astro.
Menontonnya , walau hanya sekadar memenuhi masa pada mulanya, tapi bersedialah untuk menerima suatu transformasi jiwa yang tidak diundang.
Kesan dari penghayatan terhadap setiap bicara watak dalam berdialog, pergerakkan, sudut pandangan visual dan suasana hutan tebal yang tidak berganjak itu, akan mengajak hati penontonnya berbicara dengan Tuhan.
Telemovie ini tidak membiarkan anda berfizikal hanya sebagai penonton sahaja. Tetapi ia berinspirasi memberi anda terapi jiwa. Ketika 'visual' dan 'audio' anda menerima maklumat ,satu proses rohaniah serentak berjalan di minda dan hati.
Bagi saya, KABUS adalah sebuah karya yang tepat untuk di siarkan sempena Maal Hijrah ini. Cuma saya tidak pasti , adakah telemovie ini masih di ulang siar sehingga sekarang atau sebaliknya.
KABUS mengisahkan Alim(Eman Manan) ,pemburu yang sesat ketika berburu di hutan Kalimantan . Dalam mencari-cari jalan keluar , dia di takdirkan bertemu dengan Wahid (lakonan Alex Komang), penjenayah yang dalam pelarian menghindarkan diri dari di jejaki bekas rakan-rakan sejenayahnya yang tidak berpuas hati. Namun, di dalam hutan rimba itulah Wahid di 'hijrah'kan dari memiliki hati kering dan keras dengan fizikal yang kasar sekaligus tidak mengenal erti dosa dan pahala, kepada jiwa seorang hamba yang hidupnya ada Tuhan.
KABUS juga menceritakan bagaimana tanggungjawab seorang Islam kepada seorang Islam yang lain. Rasa yang kuat dari fitrah kekhalifahan Alim itu telah berperanan melebur dan menguburkan kejahilan Wahid.
Lebih mengharukan lagi, babak di penghujung cerita, hijrah Wahid menemukan hatinya dengan taubat, masih di atas muka bumi yang sama ketika saat dia lupa Tuhannya. Namun ketentuan yang datang, menuntut jasadnya di tinggalkan untuk dia 'berhijrah' ke alam satu lagi, berbahagia bertemu Maha Pencipta yang tidak pernah lupa sesaat pun padanya.
GAMBAR DARI GOOGLE |
bro tak tahu ke bila ditayang drama ni
BalasPadamMinta maaf banyak Tuan BL. Sekarang ni tak tahu ada tayangannya di TV atau tidak.
PadamSebab tiada astro. Dulu nonton di rumah jiran.
Dalam Perenggan Entri Diatas:
BalasPadam"Bagi saya, KABUS adalah sebuah karya yang tepat untuk di siarkan sempena Maal Hijrah ini. Cuma saya tidak pasti , adakah telemovie ini masih di ulang siar sehingga sekarang atau sebaliknya"
(HARAP DAPATLAH DISIARKAN)
tgk sinopsis macam best lagipun aku jarang tengok tv.. sesuai dengan tema hijrah..
BalasPadamJarang nonton TV tidak mengapa. Dunia di hujung jari.
PadamYa. Sesuai untuk tema tersebut. Insyaallah.
Salam Maal Hijrah Mahbut.. Semoga Tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..
BalasPadamSalam Muharram kembali.
PadamMudah-mudahan . Insyaallah. Amin Yaa Rahim.
bagus gak nih kalau layan.
BalasPadamYa . Bagus cerita itu.
Padam