Isnin, 11 November 2013

Sihatkah kanak-kanak badan berisi??

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Pernah suatu ketika, saya 'tertonton' satu slot kesihatan di kaca tv. Seorang perunding kesihatan menjelaskan mengenai risiko menghidap diabetis di kalangan kanak-kanak. Katanya, kita adakalanya kerap merasa gembira, khususnya ibu bapa yang seronok melihat anak-anak mereka mempunyai tubuh badan yang berisi dan kelihatan sihat. Kadang-kadang mereka komited menggalakkan anak-anak makan dengan dengan banyak, dengan alasan yang 'klise' iaitu agar cepat besar.

Namun, perancangan yang positif itu sebenarnya ada 'rahsia' tersembunyi
sedang menjana sesuatu yang negatif.

Barulah saya faham, mengapa perunding kesihatan tersebut berkata demikian. Kini jelas dimana-mana sahaja ada berita, cerita juga sering di sebut-sebut mengenai kegemukkan di kalangan anak-anak yang sudah di sahkan menghidap diabetis.

Memeriahkan selera anak-anak sangat memerlukan kawalan pemakanan yang seimbang. Janganlah terlalu teruja dan gembira melihat anak-anak cepat membesar, wal hal tanpa di ketahui tumbesarnya itu datang bersama-sama dengan 'disaster' yang sama sekali akan meranapkan hati setiap ibu bapa.


Harian Metro

2013/11/11

Jumlah kanak-kanak hidap diabetes meningkat

Georgetown: Kanak-kanak seawal usia tujuh tahun yang dikesan antara 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetes.

Angka itu dijangka semakin meningkat serta boleh mencecah dua kali ganda jika membabitkan kes yang tidak dilaporkan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, pihaknya mendapati semakin ramai golongan muda menghidap penyakit diabetes berikutan peningkatan kadar obesiti dalam kalangan mereka berikutan tabiat pemakanan tidak seimbang.

Menurutnya, kajian menunjukkan pesakit diabetes muda biasanya mengalami masalah kegemukan disebabkan tabiat memakan terlalu banyak dan tidak mengamalkan gaya hidup aktif.

“Hampir setiap seorang daripada tiga rakyat Malaysia terutamanya golongan muda dikesan mengalami berat badan berlebihan.

“Ia menjadikan mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti diabetes, tambahan pula kurangnya kesedaran mengenai penyakit ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta Walkathon Sambutan Hari Diabetes Sedunia di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Lailanor Ibrahim; Pengarah Hospital Pulau Pinang (HPP) Datuk Dr Yasmin Sulaiman serta Perunding Endokrinologi dan Diabetes HPP Dr Nor Azizah Aziz.

Seramai 600 kakitangan HPP termasuk masyarakat setempat berjalan kaki sejauh tiga kilometer sempena sambutan itu.

Program jalan kaki anjuran Klinik Endokrinologi dan Diabetes Jabatan Perubatan HPP serta Lembaga Pelawat HPP itu turut disertai Dr Hilmi yang bersama-sama berjalan kaki dengan peserta.

18 ulasan:

  1. risau tgok budak2 skang ni..kesian..ibu bapa terlalu manjakan anak2 dlam bab makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Moga ada panduan dan bimbingan untuk mengurangi amalan begitu, Insyaallah.

      Padam
  2. Jaga diri jaga kesihatan..amalkan pemakanan yang sihat...tak kira yang kecil mahupun dewasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Benar. Amalan mulia itu adalah praktikal untuk semua peringkat usia.

      Padam
  3. Gula dah naik harga ni ok la... bleh la kurangan gula dlm makanan: ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Insyaallah. Ada peluang hadkan kalori dalam badan :)

      Padam
  4. minnum air masak bebanyak ooo....jgn nyesal kaki kena potong nanti..aaa... takut takut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Bagus minum air masak. Bantu larut toksik tu..

      Padam
  5. gaya hidup masa kini menjadi salah satu sebab kenapa obesiti meningkat.. pelbagai jenis makanan segera, kewujudan mesin/alat yang tidak menggunakan tenaga manusia dan kewujudan pelbagai gadget di pasaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Faktor-faktor tersebut kelihatan berhubungkait antara satu sama lain. Sebagai galakkan obesiti.

      Padam
  6. aah kan masalah obesiti semakin runcing masa kini
    bila tgk budak kecik berisi kata kiut..bila besar menjadi permasalahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Sebagai langkah usaha, elok buat pemeriksaan semasa
      Insyaallah.

      Padam
  7. Masa kecil kalau gemuk dan montel...teramatlah comel, tapi kalau sampai ke besar pun macam tu...dah lain dah! Takde comelnye lagi... Sepatutnya sedari kecillah di jaga dan di kawal pemakanan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Yang baru bermula , boleh didik dan bimbing dari awal. Yang sudah 'ada', masih belum terlambat, boleh dirawat,Insyaallah boleh sihat.

      Padam
  8. Kalau bolehlah tuan...sila disable word verification, ianya menyukarkan utk meninggalkan komen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik Tuan, Insyaallah. Saya akan mengusahakannya. Maaf ya akan kesulitan tersebut.

      Padam