Isnin, 20 Januari 2014

DARI BUKU...


Assalamualaikum. Salam bahagia.

Rasanya entri saya di pagi hari Isnin ini adalah yang pertama kali menampilkan panduan di dalam hal - hal tertentu. Tidak seperti sebelum - sebelum ini , entri saya yang bersifat picisan tahap ilegal.

Melangkau kaedah demikian ialah kerana saya merasa tidak senang dan sangat takut. Memberi panduan kepada pembaca bermakna diri sendiri sudah berpengetahuan berkenaan hal - hal yang di utarakan. Walau pun hanya sekadar berkongsi.

Setelah saya koreksi diri sendiri , jelas masih banyak kelemahan , kekurangan yang bergelangang. Kekurangan ilmu lebih ketara.

Justeru , keputusan untuk sekadar tulis tulis jer di blog ini pun di ambil. Maka penulisan atau entri tahap rendah pun terhasil di sini.

Namun , buat julung - julung kalinya , pagi ini di hari ini lahirnya sebuah entri yang memaparkan beberapa panduan yang saya sendiri pun masih belum mengamalkannya. Malah masih perlu banyak menelaah dan mencuba - cuba mempraktikannya. Ia berkenaan:

Ragam Bahasa .

Untuk makluman , penulisan yang saya maksudkan di sini ialah bila menulis sesebuah Novel , Cerpen atau dengan lebih mudah apa - apa yang berbentuk penceritaan. Hanya di dalam kategori itu sahaja.

Jika mahu di laksanakan di dalam perbualan harian atau artikel umum atau khusus, perlulah ia di lihat dari segi kesesuaiannya. Terutama yang tidak menyisihkan elemen - elemen kemurnian atau adab.

Apa pun , ini bukanlah saya kata entri saya yang terbaik dan bertahap tinggi. Bukan ya. Janganlah di anggap begitu pula ya. Saya tidak melihat begitu. Malah masih selemahnya.....Okay.



Di sini saya senaraikan beberapa jenis ragam bahasa yang sesuai atau sudah di persetujui oleh sebuah buku. Dan ia sebuah buku lama iaitu judulnya :

BAHASA MALAYSIA KURSUS PENGAJIAN SENDIRI - spm & sap

- di sediakan oleh KUMPULAN PENYELIDIK PELAJARAN O.B.P

Di cetak pada 1974 oleh Omar Brothers Publications , Singapura.

Katanya:

RAGAMAN BAHASA

Adalah ragaman bahasa yang khas bagi merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan kefasihannya.

Jenis - jenis Ragaman Bahasa:

Ada beberapa jenis ragaman bahasa:

a) Bahasa Sindiran
b) Bahasa Menggiat (usik)
c) Bahasa Mengejek
d) Bahasa Terbalik
e) Bahasa Merajuk
f) Bahasa Tempelak
g) Bahasa Herdik
h) Bahasa Besar
i) Bahasa Naik
j) Pertanyaan Engkar
k) Bahasa Seruan atau Mengeluh
l) Bahasa Berulang
m) Bahasa Bertimbal
M) Bahasa Bukan
o) Bahasa Jenaka

Baik. Demikianlah ya ragaman bahasa yang sudah di senaraikan. Untuk huraian atau pengertiannya , Insyaallah saya akan cuba paparkan dalam entri yang akan datang ya.

Jadi , sekianlah untuk hari ini. Okay :)



Mahmud Thalut 2014

8 ulasan:

  1. Sungguh banyak ragam bahasa...Tapi paling saya tak suka adalah tulisan sms (bahasa yg dipendekkan)... kadang tu langsung xfaham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya . Betul tu Tuan BM. Saya juga adakalanya terpaksa menangguh dahulu untuk membalas sms yang ber bahasa sedemikian rupa.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini

      Padam
  2. bahasa sindiran dan mengejek sangat menyakitkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Tuan Bahrain. Ia menuntut kesabaran untuk di abaikan.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini.

      Padam
  3. Ragaman bahasa ini pertama kali saya mengetahuinya .Terima kasih tuan . Teruskan maklumat seperti ini ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga baru mengetahuinya selepas membaca buku lama tersebut. Insyaallah ya Tuan Putera. Dan terima kasih kembali.

      Terima kasih juga ya sudi menulis komen di sini ya.

      Padam
  4. banyak ragam bahasa dalam bahasa melayu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat berwarna warni indahnya bahasa kita.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini

      Padam