Khamis, 9 Januari 2014
PERASAAN
Assalamualaikum. Salam bahagia.
Setiap hari , dapat kita melihat rutin - rutin kehidupan. Di antaranya , ramai ibu bapa menghantar anak - anak ke sekolah. Tidak kurang ,suami juga ada yang menghantar isterinya ke tempat kerja. Tidak lupa ,di dalam waktu yang sama , kita sendiri bekerja demi menyara keluarga.
Bagi yang tidak berkesempatan atau mungkin ada sebab - sebab atau kerana faktor tertentu , anak - anak di benarkan pergi ke sekolah dengan sendiri. Contohnya anak yang sudah besar dan boleh berdikari. Boleh berbasikal atau menaiki bas sekolah dengan sendiri tanpa penjaga di sisi.
Begitulah juga dengan suami yang mampu menyediakan kenderaan untuk isteri , sebagai kemudahan ke tempat kerja. Atau isteri yang mempunyai kenderaan sendiri. Sama ada kenderaan seperti kereta atau pun motosikal. Malah tidak kurang juga yang menaiki pengangkutan awam atau pengangkutan yang di sediakan oleh majikannya.
Namun di sebalik semua itu , masih ada sesuatu di dalam perasaan ibu ayah dan para suami sepanjang menempuh waktu - waktu tersebut. Iaitu merasa bimbang.
Bimbang terhadap anak - anak yang sendirian pergi ke sekolah. Bimbang terhadap isteri yang berseorangan di perjalanannya ke tempat kerja.
Di waktu itu , berbagai igauan dan sangkaan yang bukan - bukan di jana pemikiran. Ada sahaja kemungkinan menjadi andaian. Malah , adakalanya membuntukan diri sendiri sehingga kurang berselera membuat apa - apa bila mengenangkannya.
Pada asalnya perasaan itu hadir bukanlah di bayangi ketakutan yang melampau. Paranoid atau obses. Walau segelintir persepsi mengatakan ada unsur - unsur negatif di situ.
Tetapi ia sebenarnya adalah lambang nilai kasih sayang terhadap orang yang di sayangi. Sebuah cinta yang lahir dari rasa. Lalu di terjemahkan melalui sikap mengambil berat. Lebih tepat lagi ia adalah asas tanggungjawab itu sendiri. Bertanggungjawab terhadap apa yang di amanahkan adalah sesuatu yang fitrah.
Maka berbimbang - bimbanglah akan keselamatan anak - anak dan isteri di perjalanan. Hanya dengan doa yang di panjatkan kepada Tuhan sahaja dapat mengiringi kesayangan - kesayangan mereka moga di berikan perlindungan.
Ia sebuah perasaan yang biasa. Cuma , kemana hala tujunya di tentukan, akan menjadikannya luar biasa. Akan timbul perasaan kasih sayang yang telus dan bakal berpanjangan. Insyaallah.
Mahmud Thalut 2014 :)
bimbang kerana terlalu menyayangi.. tentu kita tidak mahu perkara yang tidak diingini terjadi kepada orang yang kita sayang (anak/isteri)..
BalasPadamYa benar. Sifat dalaman ini tidak boleh lari dari sanubari. Bimbang yang di iringi doa setiap saat.
PadamTerima kasih ya kerana sudi menulis komen d sini.
Beringat sebelum kena. Sekarang ni pun dah banyak kes-kes kehilangan anak tk kurang kematian anak kerana dilanggar kenderaain. Sentiasa berjaga-jaga mohon ingatkan anak-anak tentang keselamatan.
BalasPadamBenar itu. Perlu menjelaskan kepada anak - anak akan hal tersebut. Untuk pengetahuan dan maklumat awal.
PadamTerima kasih ya kerana sudi menulis komen di sini.