Selasa, 27 Ogos 2013

KHABAR KHABAR

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Ramai juga orang yang berkata, huru-hara yang kian menjadi-jadi di luar negara sekarang boleh berjangkit ke dalam negara kita, Malaysia tercinta ini. Mereka-mereka ini mengingatkan, jangan sangka Malaysia tidak boleh jadi demikian rupa. Bila-bila masa sahaja. Kini bunga-bunga ke arah itu sudah dan sedang berputik.

Agak seram sejuk juga bila mendengar telahan mereka ini. Macam ianya comfirm akan berlaku.

Bagaimana agaknya ya jika ia benar-benar terjadi? Keluarga kita? Harta benda? Suasana? Perhubungan? Diri kita sendiri?  Agama kita?

Emm.. Banyak persoalan yang timbul. Hingga jika di fikirkan, jawapan-jawapannya semua menjurus kepada kerosakan, kemusnahan dan kematian. 

Siapalah yang inginkan perkara sedemikian berlaku di dalam negara sendiri. Tentulah kita sentiasa berdoa dan berusaha agar tidak menerima keadaan sebegitu.

Harap-harap, mereka-mereka yang peka atau sentiasa memerhati lalu mungkin merasa pasti suasana haru biru itu boleh berlaku di dalam negara, mereka ini juga sudah bersiap dengan formula-formula untuk menggagalkan atau meredakan keadaan.

Ada pun terdapat 2 versi di kalangan mereka ini.  Sebahagiannya terdiri dari pemikir-pemikir dan ahli-ahli akedamik dan agama yang bijak pandai. Yang sentiasa menggali idea-idea terancang bagi membantu struktur keselamatan negara dan rakyat. Dan sebahagian lagi adalah 'tetamu-tetamu' tetap di warung-warung dan kedai kopi yang sentiasa bertemankan DamHaji :)

Baiklah. Bertemu lagi di lain waktu. Sekian. Ampun maaf.

Isnin, 26 Ogos 2013

RESPECT 2013

1. Surthii menoreh getah seorang diri. Hatinya merasa gusar seketika saat cengkerik berhenti menghiburkannya. Bimbang mula berdamping. Gelap subuh menjadi lebih menakutkan walau beberapa minit sahaja lagi mentari yang di undang akan muncul.

2. Bertanggungjawab menyelesaikan kerja yang berlambak di pejabat membuatkan Ah Mei sering pulang ke rumah lewat malam. Ah Mei menerima hakikat dia perlu melawan rasa takut yang menyelubungi. Perjalanan pulang ke rumah seorang diri tentunya berisiko tinggi.

3. Helen mungkin tidak tahu bahaya boleh mengekorinya. Lorong jalan belakang premis perniagaan yang sempit dan kecil itu banyak halangannya jika tersalah waktu. Namun, itu sahajalah satu-satunya jalan yang paling dekat ke rumahnya dari tempat kerja.

4. Syuhadah sering terjaga setiap jam 3 pagi. Kesunyian saat begitu tidak menakutnya menarik selimut membungkus diri. Tetapi di maanfaatkan dengan berwuduk dan kembali ke hamparan sejadah lalu ber tahajjud bersama Cintanya.

*RESPECT*

 Buat Womens Day

Sabtu, 24 Ogos 2013

OGOS 1957

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Enam hari sahaja lagi jiwa jiwa kemerdekaan akan menzahirkan suka dukanya pada tharikh keramat itu nanti. Mungkin sejak 1 Ogos lalu getaran darah pejuang sudah mencerminkan aura diri sesiapa sahaja yang merindui sejarah kebebasan ini.

Mereka yang melalui perit getir waktu itu walau seusia kanak-kanak atau remaja, hari ini kenangan itu pasti melonjakkan harga diri yang tinggi. Kerana mereka berada di zaman atau era di mana pejuang-pejuang kemerdekaan bertungkus lumus membebaskan Negara tercinta.

Jika ada rasa bangga, itu adalah hadiah yang layak di terima.

Bagi generasi yang sudah jauh meninggalkan era tersebut, sejarah tidak meninggalkan kita. Ia masih berwatakkan batu tanda yang tidak berganjak walau pun sedikit.

Sejarah masih di situ. Di tempat ia berlaku. Dan sejarah hebat ini akan sentiasa memberitahu kita di hari ini mahupun generasi seterusnya nanti, betapa penting dan berbudinya 31 Ogos1957.

Sekian

Jumaat, 16 Ogos 2013

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Sekali lagi AidilFitri yang mulia ini bersama-sama Sambutan Kemerdekaan berkongsi ruang meraikannya. Bulan Ogos iaitu Bulan Kemerdekaan kali ini masih tidak terlepas dari di berkati oleh Rahmat Syawal. 'Nikmat berganda' yang di rayakan setahun sekali. Kedua-dua hari besar tersebut tekad menceritakan perlunya KEBEBASAN.

Ogos 1957. Sesuatu yang tidak dapat di pisahkan dengan Pembebasan Malaya dari cengkaman penjajah. Tharikh yang menjadi 'KERAMAT' bagi kita rakyat Malaysia. Hari yang menyaksikan Union Jack turun ke bumi. Sejarah Jalur Gemilang berkibar megah di hembus udara kebebasan yang membawa suara bergema laungan "MERDEKA !, MERDEKA !, MERDEKA !" oleh Bapa Kemerdekaan iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Tentunya ia adalah kemenangan yang sangat berharga dari segala-galanya. Membebaskan negara dan rakyatnya setelah beratus tahun bersilih-ganti di takluk penjajah. Sesiapa yang menjiwai erti kemerdekaan itu sendiri, pastinya mereka akan lebih menghargai setiap detik pada hari tersebut.



SUDAH sedia maklum bagi majoriti umat Islam, garisan mula Syawal adalah kemuncak penamat perit-jerih meranjaui sepanjang bulan Ramadhan. Berlapar dahaga , keberkatan di jaga , akhirnya kemenangan tiba untuk pemiliknya. Terutama makan dan minum sepuas-puas rasa. Baju-baju baru berpasang-pasang seronok di peraga. Hari yang penuh dengan rasa bebas dapat bersyukur kepada Tuhan yang meMerdekakan. Melepasi sebulan yang penuh keterbatasan dan ketaatan .

Ianya memang layak di kecapi oleh yang menghayati berkat kesusahan Ramadhan. Yang menjiwai penderitaan 313 yang terpilih menyertai BADAR bersama-sama Rasulullah SAW.  .Peperangan penting yang di beri oleh Tuhan dengan kemenangan besar yang luar biasa. Demi membebaskan umatnya di akhir zaman. Demi membebaskan kita. Membebaskan kita dari tidak beriman kepada Allah. Membebaskan kita dari beragamakan selain Islam. Berjasanya Badar Yang Qubra, sangat memberi erti yang besar kepada Islam. Kerana tanpa kemenangan pertempuran tersebut, Islam itu sendiri tidak akan ada pada hari ini.

Begitulah Ramadhan yang penuh dengan muhasabah adalah sebagai inspirasi bagi Kemenangan Syawal yang menggembirakan. 



Gambar Hiasan







Isnin, 12 Ogos 2013

 Assalamualaikum. Salam bahagia.

Selamat Hari Raya.

Di Syawal yang masih awal ini tentunya padat dengan aktiviti ziarah-menziarahi. Sama ada di kalangan keluarga mahu pun rakan taulan dan juga jiran.

Jika yang masih bercuti pastinya tidak melepaskan masa dan ruang yang sudah di beri. Yang sudah mula bekerja pula, di sebelah malam adalah pilihan terbaik untuk program beraya.

Apa pun suasana hari raya tentunya mewarnai hitam putih tempat kerja. Paling seronok,kerana bos bersama pentadbiran akan anjurkan majlis hari raya untuk para stafnya. Bekerja pun di temani pelbagai kuih raya yang di bawa. Emm.. Seronok tu.

Begitulah anugerah Syawal kepada lepasan-lepasan peserta kursus sesi Ramadhan. Sebulan bersusah menghindarkan hati dan tubuh dari larangan-larangan. Kemuncaknya di limpahkan nikmat sebagai hadiah dari Pemberi Rahmat. Semoga ada keberkatan.

Baiklah.Dari kelemahan yang memenuhi diri ini dan sebagai hamba Nya yang cuai dan lalai, tentunya muai dengan kesalahan dan kesilapan. Atas kesempatan ini saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang melayari blog ini. Maaf Zahir dan Batin. Terima kasih ya.

 *HAMBAkanlah HAMBA*

Rabu, 7 Ogos 2013


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN. SEMOGA RAMADHAN YANG DI TINGGALKAN, MEMBERI KEKUATAN DAN PANDUAN BERSAMA MELANGKAH KE 1 SYAWAL NANTI.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN