Rabu, 31 Julai 2013

Assalamualaikum
Salam bahagia semua. Semoga sentiasa di dalam Rahmat dan Lindungan dari Tuhan

Beberapa hari ini agak susah sedikit hendak melelapkan mata. Sering sahaja terlajak waktu. Biasanya sekitar jam 12:00 sudah masuk tidur. Sekarang sudah jam 2:30 pagi. Masih segar lagi mata ni.

Di pujuk-pujuk juga dengan berbaring-baring, sesekali mundar-mandir ke hulu ke hilir. Di dalam rumah. Kononnya boleh mencepatkan rasa mengantuk. Namun semuanya meleset.

Mmm.. Cubalah duduk-duduk di atas katil ni. Manalah tahu, tiba-tiba boleh rebah dan terus tidur. Mmm.. Nampaknya tidak berjaya juga. Huhu

Apa pun, kelemahan ini adalah biasa saja. Tidak dapat tidur awal atau kerap tidak merasa mengantuk memang ada di alami oleh sesiapa di luar sana. Ia perkara lumrah. Cuma yang membezakan kelemahan yang biasa-biasa itu dengan kelemahan yang 'kritikal' adalah pengisian di dalam waktu tersebut. 

Sebenarnya, dalam mengelamun terkebil-kebil tadi terfikir pula sesuatu. Minda ini tidak pula mengenal waktu. Dalam sedang plan hendak mencari formula bagaimana mahu tidur, fikiran sempat menghambat sesuatu untuk di kongsikan dengan hati.

Akhirnya, BlackBerry ni jadi mangsalah. Ia tidak dapat di hindar lagi. Sesi untuk membloglah pagi-pagi begini. Panjang lebar pula sudahnya.

Alhamdulillah. Dah mula rasa mengantuk ni. Formula yang tidak di rancang pula yang mujarab. Terima kasih Tuhan. Okay. Jam 3:00 pagi. Insyaallah berjumpa lagi di lain waktu. Sekian

Sabtu, 27 Julai 2013


GAMBAR HIASAN
Assalamualaikum.

Salam sejahtera.

Jika di tanya kepada anak-anak kecil yang baru-baru hendak belajar dan berlatih puasa, terutama anak dan adik-adik kita apakah mereka boleh tahan berlapar sehingga sampai waktu berbuka, biasanya akan ada yang mengatakan mereka nak cuba dulu. Jika tidak tahan barulah mereka hendak berbuka awal. Ada juga yang berazam mahu meneruskan sehingga penuh sehari. Hebat tu.

Tapi ada juga yang tidak melepaskan peluang dengan pertanyaan kita itu. Cepat-cepat saja mereka menyahut, "adik tak tahanlah. Nanti tengahari boleh tak adik nak buka..?".  Hehehe...

Begitulah kanak-kanak. Berbagai ragamnya. Apa pun, daya dan usaha yang mereka tunjukkan sudah menggambarkan keinginan dan kesungguhan untuk menunaikan rukun Islam ke 4 itu. Syukur sangat.

Bagi yang dewasa, sebulan mengharungi Ramadhan adalah satu perjalanan yang pendek. Hari ini pun hati sudah mula merasa bimbang , kerana Ramadhan semakin menghampiri sempadan. Waktu inilah kita akan menoleh ke belakang. Merenung sejenak dan mengingatkan diri,apakah yang di tinggalkan sebagai bekal pada hari-hari yang sudah berlalu itu.....

.....






Rabu, 24 Julai 2013

Assalamualaikum

Syukur kepada Tuhan Maha Baik. Yang Sentiasa memberi pada setiap permohonan. Memberi kesenangan, kemudahan dan berbagai nikmat.

Terimakasih kepada Nabi SAW. Kekasih Allah yang sangat menyayangi serta merindui umatnya, walau tidak pernah bertemu.



Selasa, 23 Julai 2013



Assalamualaikum.

Sejak awal Ramadhan, seperti biasalah ya bazar ramadhan mewarnai sebulan yang penuh dengan barakah ini. Berbagai juadah aneka pilihan boleh di dapati di sana. Dari lauk-pauk dan kuih-muih hinggalah pelbagai jenis minuman yang sangat menyelerakan pengunjung mengikut citarasa masing-masing.

Bagaikan pesta makananlah. Pilih sahaja yang di sukai. Maklumlah ya, bulan berpuasa. Tentu selera makan meningkat. Rasa hendak menikmati juadah pilihan sudah pasti. Inilah masanya. Datang sahaja ke bazar ramadhan berdekatan. Insyaallah hajat di tunaikan. :)

Di mana sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa hari ini, biasanya ada satu lagi acara yang sangat hebat sebenarnya ni. Setiap kali hampir pertengahan puasa dapur di rumah-rumah mula beroperasi untuk ke sekian tahunnya. Kaum muslimah dan ibu-ibulah yang berperanan.

Tidak lain dan tidak bukan, aktiviti membuat kuih raya yang di maksudkan. Setiap keluarga mulalah beraksi mempersembahkan bakat masing-masing. Ibu-ibu , adik-adik  dan kakak-kakak mulalah bertugas. Tugas setahun sekali yang di rindui.

Namun ada juga yang membeli sahaja. Mungkin kerana tidak sempat atas faktor masa dan jadual harian yang padat. Jadi dengan membeli ia mudah dan cepat.

Tidak ketinggalan juga, pasti ramai yang membuat kuih raya untuk di jual. Berniaga kuih raya. Masyaallah. Ini sangat menguntungkan. Dan sangat di tunggu-tunggu oleh pengusaha. :)

Baik. Semoga bertemu lagi . SALAM MUBARRAQ







Isnin, 22 Julai 2013

Assalamualaikum kepada umat Islam semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga usaha mensucikan hati akan lebih terdorong di dalam bulan yang mulia ini. Insyaallah.

WASSALAM.