Ahad, 29 September 2013

Alahai...secoet pun bertahun :)

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Selain dari beberapa perkara atau sebab-sebab penulis blog lambat , kurang dan jarang-jarang update ialah , ada juga kerana tidak menggunakan peralatan yang berkemampuan tinggi. 

Ia adalah faktor utama juga. Komputer , gajet dan kelajuan internet itu sebenarnya amat memainkan peranan penting...kepada pemblog. Jika ini masih ada ,  idea sudah memaku di minda pun boleh bertapa di Gua Hantu. Dan akhirnya menyorok tidak mahu lagi di jumpai.

Sekadar mengongsi perkara ini kepada pembaca. Ianya adalah yang mungkin di alami oleh antara pemblog-pemblog di luar sana. 

Kiranya tiada , namun masih nyata terjadi dalam realiti sebagai pemblog. Dan sayalah orangnya :).

Bayangkanlah , entri yang secoet ini sahaja hampir 1 jam baru mampu di terbitkan ke laman blog ini...  

Sekian ya :)


Isnin, 16 September 2013

AGEN ANTIBAKTERIA

Assalamualaikum. Salam bahagia. 

Katanya ia juga adalah Agen Antibakteria. 

(http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Lengkuas)

Dan ia juga terbukti sangat laris apabila menjelang Hari Raya Puasa dan Aidiladha.

Biasanya pokok Lengkuas ini akan merimbun di belakang rumah-rumah terutama di kampung. Di rumah saya pun ada juga :)

Sekarang boleh di katakan setiap rumah ada menanam pokok Lengkuas ini. Sekurang-kurangnya serumpun. Sebagai kegunaan dalam masakan. Jika di hari raya , penyedian Lengkuas amatlah penting. Kerana makanan utama di pagi dua hari raya itu sinonim dengan Lengkuas sebagai perencah utama. Kata mak saya laa... :) dan beberapa tukang masak.

Pendek kata , jika tidak ada Lengkuas, tak berasalah rendang itu. Sebab kurang satu syaratnya. Kurang kick. Tapi ada yang kata memang tak jadi Rendang. Lebih-lebih lagi yang pakar buat Rendang Tok tu.

Baiklah. Insyaallah jumpa lagi di lain entri ya. Saja jer nak cerita-cerita mengenai Agen Antibakteria ini (http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Lengkuas) Sebabnya...hari ini saya menggali Lengkuas. Nak jual :) Wassalam



Lengkuas juga di katakan sebagai Agen Antibakteria

Jumaat, 13 September 2013

TERIMA KASIH

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Selepas saya di 'kepung' oleh istilah 'Writer's Block' beberapa hari yang lalu kebetulan di waktu yang sama masa itu saya menghadapi masalah selepas saya sign in, paparan di papan pemuka tidak tentu arah. Ada kesilapan berlakuku rasanya.

Alhamdulillah. Pada petang hari ini jumpa jalan penyelesainya. Terima kasih Tuhan. Terima kasih Google. Terimakasih Bantuan Blogger.

Dan terima kasih jika sesiapa yang ada mengsiratkan pertolongan tanpa saya sedar adanya ia.

Syukran3


Rabu, 11 September 2013

Entri oh Entri - No entry

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Sesuatu yang di sebut sebagai 'Writer's Block' akhirnya telah pun 'berkenalan' dengan saya. Bukanlah saya ini seorang penulis. Hanya suka tulis-tulis jer. Dan apa yang saya tulis-tulis (terutamanya di dalam blog ini) tidak lebih sekadar picisan. Atau lebih mudah di sebut 'tulisan yang tidak memberi kesan'. Tapi untuk saya menulis yang sebegini pun boleh kehilangan idea juga. Walau entri yang tak ke mana.

Baru satu dua ayat, sudah berhenti. Hilang terus. Di ulang lagi , pun begitu juga .  Kesudahannya, terbitlah entri yang ini.

Sekian






Jumaat, 6 September 2013

Next AidilFitri

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Hari ini adalah hari ke 30 Syawal menemani kita. Bermakna hari ini adalah hari terakhir untuk berganti lembaran baru. Setelah meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan sebulan yang lalu, kini satu lagi suasana yang perlu kita lepaskan. Syawal yang penuh Rahmat sudah sedia membuka pintu mengucapkan selamat tinggal kepada kita.

Rasanya tiada perasaan yang tidak mengerti akan perpisah ini. Sebagai umat Islam, melihat dua lembaran Hijrah - Ramadhan dan Syawal - melepasi waktu adalah sesuatu yang menghibakan.

Di 1 Syawal, perasaan gembira, ceria dan penuh ukhwah terserlah setelah bersabar menunggu harinya tiba. Hari pembuka untuk mengecapi antara nikmat Iman dan Islam. Seterusnya di jalani selama sebulan. Syawal yang berwarna warni di manfaatkan sebagai flatform menghayati rasa syukur dan mencari kekuatan kasih sayang sesama manusia, khususnya umat Islam. Ziarah menziarahi, maaf bermaafan dan saling 'menjernihkan air yang keruh' adalah menjadi rebutan untuk di lakukan dalam kesempatan sebulan yang singkat itu. 

Kini, pengakhirannya sudah tiba. Hanya beberapa jam sahaja lagi Syawal akan menyerahkan baton kepada sahabatnya - Zulkaedah.

Kedua tangan di tadah di iringkan doa dengan hati yang kembali bersama keinsafan. Semoga dapat bertemu di lagi di next Aidilfitri .


Ahad, 1 September 2013

MALAYSIA dan MELAYU adalah contoh

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Sejarah adalah perkara yang berlalu. Ia adalah rentetan untuk berlaku sesuatu di masa hadapan. Buktinya adalah pada hari ini. Iaitu sebagai masa depan bagi setiap era atau zaman-zaman yang di tinggalkan .

Dalam hal berkaitan, negara kita Malaysia, apa yang (saya kerap mendengarnya diperkatakan ramai orang) di sebut-sebut "Malaysia akan melonjak sebagai negara yang menerajui empayar dunia di zaman ini" betul-betul menarik perhatian saya.

Sesuatu yang kedengarannya begitu, ianya pasti serius sekali. Fakta sangat perlu untuk membuktikannya. Menuntut perbincangan yang panjang lebar untuk membuat rumusan. Perlunya pakar-pakar mengelilingi meja bulat bersama detail minit mesyuarat.

Tapi dari sidang spontan, ia seperti tidak perlu di fikirkan. Sebabnya, apabila mendengar sahaja mengenai hal itu, minda dan hati sudah bersedia dengan jawapan-jawapannya. Hasil dari ketampakkan realiti.

Ada beberapa perkara yang saya yakini sebagai tanda setuju , Malaysia akan mengambil alih 'jawatan tersebut' - Empayar dunia. Namun, saya mengambil pendekatan yang optimis. Tidaklah keterlaluan. Berstatus sebagai rakyat biasa, sekadar membaca dan melihat.

Berikut adalah 'alasan-alasan' saya:

1.Malaysia negara yang kerdil sejak sebelum, juga masih kurang dikenali oleh dunia sekitar selepas merdeka.  Dengan bangsanya yang Melayu dianggap berfikiran 'rendah' oleh kuasa-kuasa besar dunia di satu ketika. Tetapi akhirnya kini menjelma sebagai Negara yang menjadi tumpuan dunia. Rakyat Malaysia berada di mana-mana negara seluruh dunia pada hari ini. Bukan sebagai nomad, tetapi membawa nama negara dan di harumkan dalam semburan kepelbagaian bidang, terutama yang bertahap tinggi dan profesional.

2.Malaysia menjadi sebutan-bualan oleh negara- negara hampir di seluruh dunia. Pujian dan pengiktirafan seringkali kita dengar dan lihat ia di beri kepada negara.

3.Bagi para pelabur dan juga ahli-ahli perniagaan dari luar negara, mereka seakan melihat Malaysia bagaikan bursa saham atau ruang perniagaan yang sentiasa mampu meraih keuntungan. Maka kita dapat menyaksikan berbondong-bondong rakyat asing datang membuat duit di negara kita.

4. Perhatian yang diberikan kepada Malaysia ini ada pelbagai sebab. Sama ada atas kepentingan atau agenda. Mungkin juga secara pandangan atau keperluan. Malah banyak juga sebagai satu pengharapan. Dari sudut pandangan negara atau individu. Antaranya ialah:
Di sebut-sebut :
Negara yang aman makmur.  Rakyatnya sangat bersopan.   Islam contoh.   Ekonomi stabil.   Negara dan rakyatnya bersih.  Bertimbang rasa.   Rasa selamat.   Negara dan rakyatnya suka membantu.   Pelaburan selamat,   Jika berlaku insiden atau kekalutan, menanganinya bermula penuh hikmah.

Dan seribu satu sebab lagi pencapaian-pencapaian yang baik berkaitan Malaysia jika hendak di tuliskan disini. Dan yang paling utamanya, yang disebut-sebut oleh semua, dan kita kerap mendengarnya, sama ada dari pandangan sebuah negara mahupun individu-individu yang mewakili negara-negara mereka atau diri mereka sendiri ialah:

 “Orang Melayu sangat baik-baik. Bertemu mereka di tempat kami, menggambarkan tamadun manusia yang hebat sudah berjalan di Malaysia untuk kami contohi”

 Umum sahaja kenyataan itu. Biasa. Tapi ayat “..untuk kami contohi..” itu bukanlah calang-calang kenyataan untuk dilafazkan dari mulut bangsa yang pernah menjajah Negara kita suatu masa dahulu.

SEKIAN

 SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 56