Khamis, 31 Oktober 2013
Siapakah mereka ??
Assalamualaikum. Salam bahagia.
Ahli Suffah adalah sekumpulan sahabat Rasulullah saw yang tinggal di hujung Masjid Madinah. Mereka adalah orang miskin yang tidak mempunyai keluarga dan tempat tinggal. Mereka hanya bekerja untuk menampung kehidupan, tetapi tidak meminta-minta, dan kadang-kadang di bantu daripada harta baitulmal serta sedekah.
Kumpulan ini di sebut oleh Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 273 , Al Kahfi ayat 28 dan Al An'am ayat 52.
Di dalam surah Al Baqarah ayat 273, Allah berfirman: "Pemberian sedekah itu ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya): mereka itu di sangka: orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah) , apa jua yang kamu belanjakan daripada harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya" .
Di antara nama ahli Suffah yang terkenal adalah:
Abu Hurairah
Abu Zarr al Ghaafiri
Abu Said al Kudri
Kaab al Harith
Salman al Farisi
Abu Barzah al Aslami
Suhaib San'am
Ammar bin Yaaser
Abdullah bin Mas'ud
Saad bin Abi Waqqas
Uqbah bin Amir
Wabisah bin Ma'bad al Juhani
Tamin ad Daari
Sudut Ahli Suffah di masa ini dibina padanya lantai yang lebih tinggi dari tempat lain. Ianya terletak antara Pintu Jibril dan Pintu An Nisa’ dalam Masjid Madinah (gambar dari google)
SUMBER: Majalah Iman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
bagus cerita bro ni..baru tau pasal info ni..sakang gua lebih banyak mengkaji pasal perang yarmouk
BalasPadamTerima kasih. Cerita-cerita di entri Tuan BL juga bagus-bagus (juga entri blogger's yang lain) , banyak infonya.
BalasPadamPerang Yarmouk antara peperangan yang mahsyur. Bagusnya pengkajian Tuan BL itu. Syabas.
Calon ahli syurga...
BalasPadamYa. Dan sezaman dengan Rasulullah saw juga.
Padambanyak2 nama Tamim ad Dari ja pernah dengaq
BalasPadamAssalam
BalasPadamYa. Beliau antara Ahli Suffah yang mahsyur.