Ahad, 10 November 2013

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Terima kasih kepada Tuan Hasrul Hassan yang komited menganjurkan segmen ini. Menyeru kepada blogger's untuk bersama menyatakan pendirian, walau hanya secara menulis entri, tetapi ia adalah sesuatu yang lahir dari rasa bertanggungjawab seorang Blogger Malaysia yang beragama Islam.

http://www.hasrulhassan.com/2013/11/ashleymadisoncom-laman-web-penzinaan.html?m=1

Membenci sesuatu yang kita tidak suka adalah fitrah manusia. Apatah lagi sesuatu yang melangkau batasan hukum Tuhan. Dan apatah lagi jika ianya adalah bahan yang mempromosi cara hidup tidak berTuhan. Perlulah sangat untuk kita sebagai Muslim menidakkannya sama sekali.





Laman web Ashley Madison.com , adalah halaman maya yang mempromosikan zina sebagai budaya hidup. Budaya yang merosakkan jiwa-jiwa manusia. Budaya yang menganjurkan kelahiran anak-anak tanpa nikah. Kesimpulannya ia adalah cara hidup terkutuk yang di murkai Allah.

Moga dengan bersama menyertai segmen ini, darinya akan ada sumber kekuatan untuk kita gunakan sebagai perisai diri, keluarga seterusnya memberi komitmen dalam memelihara agama, bangsa dan negara dari anasir sedemikian rupa mahu pun yang seumpamanya.

Sekian. Ampun dan maaf dari saya yang banyak kekurangan ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan