Google+ Followers

Selasa, 25 Mac 2014

A REAL PROFESSIONAL



Assalamualaikum. Salam bahagia.


Bencana atau musibah. Kedua istilah ini tidak dapat mengelak dari di patri dalam kamus hidup manusia sejagat.

Menghadapi atau melalui realitinya, sering terkait dengan kelemahan dan kekuatan emosi.

Maka, dua aliran akan memberi gambaran jelas dalam hal ini.

1. Beriman

2. Tidak beriman

Mengapa mereka yang tidak beriman kepada Allah, kerap di lihat sukar mengawal emosi tatkala di badai bencana atau musibah?

Jawapannya ada pada mereka yang beriman kepada Allah.
Jawapan yang sungguh membahagiakan.

Begitulah indahnya Islam. Khabar duka juga mampu di terima secara tenang tahap tinggi. They're a real professional.

Sekian. Jumpa lagi ya ;)


Mahmud Thalut 2014...meninjau ke permukaan. Insyaallah.

Sabtu, 22 Mac 2014

KASIH SAYANG TUHAN UNTUK HAMBA YANG DI DUGA

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Kehebatan Malam Cinta Allah dan Rasul pada malam semalam, Jumaat 21 Mac 2014 di Putra Jaya , amatlah menakjubkan.

Ini kerana, gema puji - pujian terhadap Allah dan Rasulnya menguasai segenap ruang angkasa dan bumi Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia itu.

Dan yang paling meremangkan roma sesiapa yang mendengarnya, malah amat penting terutamanya di dalam situasi negara yang masih di duga dengan permasalahan berat. Ianya ialah doa yang di panjatkan ke hadarat Allah oleh Yang Mulia Al Habib.

Berikut antara petikan secara ringkas:

Yang Mulia Habib Ali Zainal Abidin berdoa:

"Ya Allah, jauhilah Malaysia dari anasir yang memecah belahkan sesama manusia. Dan tolonglah kami selesaikanlah permasalahan yang sedang kami hadapi ini. Temukanlah #MH370 , Ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin"



Dan Habib Asseggof berdoa:

"Ya Allah, malam ini adalah malam yang sangat beruntung kerana kita berkumpul bersama para pemimpin negara kita. Marilah sama sama kita saling doa mendoakan. Pemimpin mendoakan rakyat dan rakyat mendoakan pemimpin. Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia. Mari kita mendoakan pemimpin negara kita semoga sentiasa beroleh kebaikkan. Dan tunjukkanlah pesawat kami yang hilang. Tunjukkanlah Ya Allah. Amin Ya Allah"


Sebagai kesimpulan, para pencinta Allah dan Rasul di kalangan keturunan Nabi Muhammad SAW ini, sangatlah saling doa mendoakan sesama manusia. Kerana itulah mereka sangat membawa kasih sayang sebagaimana yang di anjurkan oleh Baginda SAW.

Okay. Sekian sahaja ya ;)


Mahmud Thalut 2014 ...meninjau ke permukaan Insyaallah

Sabtu, 1 Mac 2014

BERTABAHLAH


Assalamualaikum. Salam bahagia.

Pernah satu ketika sesudah bersarapan pagi di sebuah kafe di sini , di tempat saya, tiba - tiba di kejutkan oleh seorang lelaki. Beliau sedang menyapu sampah di tepi kaki lima sepanjang deretan kedai. Beliau tiba di hadapan kafe tempat saya bersarapan.

Belum sempat saya berpeluang menghidupkan enjin motosikal saya , beliau sudah perdengarkan rungutan kepada saya. Maka ia sungguh pelik.

Rupanya , rungutan tersebut bukanlah di tujukan untuk saya. Tetapi cuma sebagai luahan perasaan sahaja. Dan saya adalah tempat untuk beliau perdengarkannya. Kasihan.

Mungkin pembaca mahu tahu apa yang di ceritakannya itu?

Begini. Beliau ialah seorang pekerja Majlis Daerah. Pekerja am. Tugasnya sekadar menyampu dan mengemas kawasan dengan membersihkan jalanan yang terdapat sampah sarap. Setiap pagi itulah rutinnya. Dan kelihatan sungguh dedikasi. Rajin.

Semasa beliau sedang fokus menyampu sampah, beliau di sapa oleh seseorang. Beliau di tegur agar berhenti menyapu kerana habuk akan berterbangan masuk ke ruangan kafe dan kenderaan seperti kereta akan berdebu.

Ini telah menimbulkan rasa berang beliau.

Masakan tidak, kerja yang telah di amanahkan dan di laksana dengan komitmen yang tinggi itu akhirnya di anggap memudaratkan suasana pula.

Sambil beliau bercakap lantang, tangan masih melekat pada batang penyapu dan tetap meneruskan kerjaya mulianya itu tanpa berputus asa.

Ya. Bagi saya, luahan lantang tersebut
mungkin satu keperluan untuk beliau mengekalkan kekuatan jiwa selama berada di dalam kerjaya yang mencabar emosi itu. Mungkin bukan sekali dua , tetapi entah berapa banyak agaknya beliau bertembung dengan situasi demikian.

Semoga beliau terus bertabah.


Mahmud Thalut 2014