Google+ Followers

Jumaat, 31 Januari 2014

Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum. Salam bahagia

Hari Jumaat hari ini menerima kedatangan Tahun Baru Cina. Rakyat Malaysia yang berketurunan Cina beragama Buddha , semalam adalah permulaan menyambut hari besar tersebut. Mereka berkumpul bersama sanak saudara dan makan bersama. Biasanya di sebut "Makan Besar".

Bercakap berkenaan Hari Jumaat , di sini di tempat saya , suasana di 'bandar baharu'selalunya agak meriah. Kerana ada Pasar Lambak.

Dan pasar lambak di sini masih meriah , walau ramai peniaga - peniaganya yang berbangsa Cina bercuti , namun masih ramai peniaga - peniaga Melayu yang berniaga di sana.

Yang hebatnya , ramai sungguh. Kagum melihatnya.



Mahmud Thalut 2014
Assalamualaikum. Salam bahagia

Hari Jumaat hari ini menerima kedatangan Tahun Baru Cina. Rakyat Malaysia yang berketurunan Cina beragama Buddha , semalam adalah permulaan menyambut hari besar tersebut. Mereka berkumpul bersama sanak saudara dan makan bersama. Biasanya di sebut "Makan Besar".

Bercakap berkenaan Hari Jumaat , di sini di tempat saya , suasana di 'bandar baharu'selalunya agak meriah. Kerana ada Pasar Lambak.

Dan pasar lambak di sini masih meriah , walau ramai peniaga - peniaganya yang berbangsa Cina bercuti , namun masih ramai peniaga - peniaga Melayu yang berniaga di sana.

Yang hebatnya , ramai sungguh. Kagum melihatnya.



Mahmud Thalut 2014

Selasa, 28 Januari 2014

DAR BUKU siri 8

Assalamualaikum. Salam bahagia


Ragaman Bahasa di teruskan dengan:

K) Bahasa Seruan atau Mengeluh

Suatu kaedah mengeluarkan satu - satu perasaan yang keras dengan mengeluh, tidak menyebutkannya cukup - cukup. Dengan jalan ini orang yang bercakap atau menulis itu berharap perasaannya itu dapat sampai kepada pembacanya atau pendengarnya, Misalnya:

"Allah ! tak dapatlah ku ceritakan susahnya

"Tetapi dia sudah mati sekarang - aduhai, alangkah malangnya!

"Wah ! Cantiknya anak kucing ini !


Okay. Jumpa lagi di Ragaman Bahasa yang berikutnya di entri akan datang ya :)


Mahmud Thalut 2014

Isnin, 27 Januari 2014

KESEMPATAN

Assalamualaikum. Salam bahagia

Hari ini , sejak pagi tadi tidak sempat menulis dan mengirm entri di blog ini. Kerana kesibukan yang di cipta .

Tapi malam ini merasa puas. Kerana dapat menonton NCIS dan Criminal Minds sebentar tadi. Kedua - keduanya :)


Okay. Jumpa lagi.



Mahmud Thalut

Ahad, 26 Januari 2014

DARI BUKU siri 7

Assalamualaikum. Salam bahagia


J) Pertanyaan Ingkar

Bahasa yang di susunkan dengan cara pertanyaan, tetapi bukannya pertanyaan.

Pertanyaan begitu ada dua macam:

1) Yang di tinggalkan kepada pembaca atau pendengar sahaja untuk menjawab sendiri, samaada benar atau tidak sesuatu perkara itu dengan tidak mengatakan terus terang, tetapi hasilnya lebih kuat daripada di nyatakan terus terang. Misalnya:

"Beginikah yang di katakan kemajuan? Bukankah kemajuan itu ertinya bertambah - tambah baik?"

2) Yang di jawab oleh orang bertanya itu sendiri kerana hendak menguatkan sesuatu keputusan atau hendak menarik perhatian orang kepada sesuatu perkara yang khas. Misalnya:

"Apakah jalan yang boleh membawa kita kepada kemajuan? Tidak lain daripada bekerja, berusaha dan bersungguh - sungguh menggunakan segala tenaga bagi mendapat yang baik dan menjauhi yang jahat"



Mahmud Thalut 2014

Sabtu, 25 Januari 2014

DARI BUKU siri 6

Assalamualaikum. Salam bahagia


I) Bahasa Naik

Yaitu ragaman yang menguatkan tujuan kata dengan membawakan kehadapan hati pembaca gambar - gambar fikiran yang beransur - ansur naik dari dataran yang kendur kepada dataran yang semakin terek dan semakin tegang. Misalnya:

"Pada segala kelakuannya dan gerak - geraknya mereka sentiasa menunjukkan diri mereka dhaif, dayus, kanak - kanak kecil atau budak merah yang masih berbulut dalam kain bedungan"

"Kalau getah turun 50sen sekati lapang lagi; jikalau 40sen tahan juga: kalau 30sen boleh di palar tetapi sempitlah; kalau 20sen tentu susah benar: tetapi kalau sudah jatuh 10sen atau 5sen sekati tidaklah mati kebuluran?

*lawan bahasa naik ini ialah bahasa turun yaitu dari dataran yang tegang turun selangkah - selangkah kepada dataran yang kendur. Bahasa turun ini kerapkali berisi perasaan menggelikan hati sama ada sengaja atau tidak sengaja. Misalnya;

"Malang benar nasibnya! Mula - mula mati isterinya, kemudian mati pula anaknya: kemudian rumahnya di masuki pencuri: sudah itu orang gajinya pula berhenti kerja , penghabisan sekali kucingnya lari tiada pulang - pulang lagi!


Okay. Jumpa lagi di Ragaman Bahasa seterusnya di entri yang lain ya.


P/s: untuk makluman , hari ini 25 Januari 2014 adalah hari pembukaan Tol Bukit Gambir iaitu tol baru di Ledang , Muar Johor. Exit baru .

Jumaat, 24 Januari 2014

DARI BUKU siri 5

Assalamualaikum. Salam bahagia

Ragaman Bahasa seterusnya:

G) Bahasa Herdik

Bahasa ini seakan - akan bahasa tempelak tetapi tujuannya menunjukkan kesalahan pada masa sekarang bukan pada masa yang telah lalu, dan perkataannya biasanya kasar serta mengandungi perasaan mengejek sedikit. Misalnya:

"Apa? Macam rupa engkau hendak jadi ketua kampung?"

"Membuat jarum sebatang pun belum tahu , nak membuat kapalterbang dan meriam pula!"

"Kalau tak mau menolong - nolong kerja , apa guna engkau duduk di sini, makan sahaja!"


H) Bahasa Besar

Bahasa yang mengatakan sesuatu perkara itu besar dengan perkataan melebih - lebih daripada yang sebenarnya , dan orang lain mengerti bukan sungguh - sungguh. Misalnya:

"Ratap tangis yang boleh merobohkan langit."

"Barangsiapa meminumnya setitik tiadalah akan dahaga selamanya"

"Air setitik di lautkan;tanah sekepal di gunungkan"

(Yakni perkara yang sedikit di jadikan besar)

*berlawan dengan bahasa besar ini ialah "bahasa kecil" yaitu bahasa yang mensifatkan sesuatu perkara itu kecil dengan tujuan merendahkan diri walauapun perkara yang di katakan itu sebenarnya kecil atau tidak. Misalnya:

"Hendak bersedekah sesuap nasi seteguk air"

"Inilah sedikit hadiah yang tiada sepertinya"


Okay. Jumpa lagi di entri akan datang ya untuk Ragaman Bahasa selanjutnya


Mahmud Thalut 2014

Khamis, 23 Januari 2014

DARI BUKU siri 4


Assalamualaikum. Salam bahagia.


F) Bahasa Tempelak

Bahasa tepat yang menunjukkan kesalahan seseorang kemudian daripada telah di lakukannya, supaya ia sedar akan taksirnya pada masa sebelum di lakukannya dahulu dan supaya ua ingat pada masa akan datang kelak. Misalnya:

"Inilah dia yang engkau katakan pandai, elok , rajin kelmarin! Sekarang puaslah hati engkau agaknya, kerana sudah rusak binasa sekali!"

"Dahulu aku ingatkan, engkau jawab 'tidak mengapa', sekarang apa khabar?"

Di sini nyatalah bahasa tempelak itu kebanyakkannya perkataan yang membalikkan cakap yang telah di tolak oleh seseorang sebelum ia berbuat salah dahulu.


Insyaallah , maksud - maksud ragaman bahasa seterusnya akan di paparkan pada entri akan datang ya.

Okay. Sekian


Mahmud Thalut 2014

Rabu, 22 Januari 2014

wW 2014

DARI BUKU SIRI 3

Assalamualaikum. Salam bahagia.


Seperti yang di janjikan pada hari semalam , maksud ragaman bahasa akan saya sambung yang seterusnya di entri hari ini. Di rakam dari buku lama berjudul BAHASA MALAYSIA KURSUS PENGAJIAN SENDIRI - spm&sap

Seterusnya yang ke:

D) Bahasa Terbalik

Iaitu bahasa yanag menggunakan perkataan ringkas daripada maksud yang di kehendaki dan orang faham akan maksudnya ialah lawan daripada yang di katakan itu. Misalnya:

"Malam sekarang tak usahlah mengaji, buat lagi malas - malas itu"

(Di katakan kepada seorang murid yang malas dan baharu lepas di rotan. Maksudnya malam sekarang hendaklah mengaji jangan malas)

"Lain kali datanglah ke sini, boleh aku beri hadiah yang lebih besar"

(Maksudnya jangan datang lagi)


E) Bahasa Merajuk

Seakan - akan bahasa terbalik tetapi maksudnya tidak di kehendaki terbali, hanya menunjukknan perasaan menarik diri atau kecil hati di sebabkan sesuatu perbuatan yang menghinakan dan tidak patut. Misalnya;

"Apa boleh buat, kita orang ketut! Tahu - tahulah akan diri"

"Kita ini melukut di tepi gantang , masuk tak menambaha, keluar tak meluakkan"

"Biarlah di gadai di lelongknanya; takkan boleh jadi kaya dengan begitu"

Bahasa merajuk ini juga menunjukkan lain - lain perasaan hati seperti hiba , takut , marah dan sebagainya.


Baiklah. Berhenti di sini dahulu ya. Insyaallah , kita bersambung lagi pada hari yang lain nanti.

Okay. Jumpa lagi.


Mahmud Thalut 2014

Selasa, 21 Januari 2014

DARI BUKU 2


Assalamualaikum. Salam bahagia.


Ya. Bersua lagi di entri kali ini. Dan hari ini seperti yang saya cadangkan pada hari semalam , iaitu saya akan sedikit menyambung cerita mengenai Ragaman Bahasa , yang permulaannya telah saya paparkan pada entri hari semalam bersama tajuk entri DARI BUKU...

Sedia maklum , senarai Ragaman Bahasa yang sudah saya tuliskan dari bilangan A hingga bilangan O di entri sebelumnya dan seterusnya berkenaan tajuk ini ialah sedutan dari buku lama berjudul BAHASA MALAYSIA KURSUS PENGAJIAN SENDIRI - spm&sap.

Hari ini pula saya ingin berkongsikan maksud - maksudnya.

Baik. Saya mulakan dengan Ragam Bahasa yang pertama iaitu:

A) Bahasa Sindiran

Ialah perkataan yang di tujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak di sebutkan secara terus terang, hanya di kiaskan kepada perkara yang lain kerana tidak suka hendak menyebutnya terang - terang. Jika orang yang di tujukan itu faham maka terlebih dalam makannya daripada perkataan yang di katakan dengan terus terang, misalnya:

"Orang yang baik itu ialah orang yang memberi faedah kepada orang lain"

(Dikatakan kepada seseorang yang selalu menjahati orang dan kita hendak menyindir akan jahatnya itu)
"Aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak rak di sini"

(Di cakapkan di hadapan kawan - kawan sejawat kerana menyindir mengatakan mereka tiada kerja betul)



B) Bahasa Menggiat

Tiada tepat seperti sindiran juga tetapi tiada berisi kias; maksudnya hanya setakat mengusik - kadangkala dengan tujuan bersenda - senda sahaja - sahaja dan kadang - kadang bersungguh - sungguh betul sehingga boleh menimbulkan perasaan malu kepada orang yang kena giat itu. Misalnya:

"Amboi besarnya hati teman kita itu, nak jadi penasihat! Awak pun tak bertimbangrasa, orang baru bukankah tak suka di kacau - kacau? Maklumlah orang baru.

( Menggiat seseorang yang baharu melangsungkan perkahwinan)

Biasa juga kita terjumpa misal - misal yang lebih panjang dan tajam dalam hikayat - hikayat dan suratkhabar.



C) Bahasa Mengejek

Iaitu bahasa yang mengatakan akan seseorang atau sesuatu kumpulan dengan perkataan yang tepat tetapi dengan gaya yang mengajukkan keburukannya serta mempermain - mainkan dia supaya nampak kebodohannya dan sia - sianya , atau supaya di tertawakan orang akan dia. Oleh itu sudah tentulah akan menaikkan marah dan sakit hati orang yang di kata itu.

Bahasa begini terkadang di sebut dengan sindiran , giatan atau pun dengan bahasa terbalik. Misalnya:

"Setengah orang yang pergi Eropah itu bukannya dengan niat yang ikhlas hendak belajar bersungguh - sungguh, hanya hendak mencari mem dan misi konon!"

"Pada hari - hari raya dan kadang - kadang hari Jumaat di kenakannyalah jubah kuning itu berjela pergi ke masjid serta dengan serban kerasnya, iaitu menunjukkan yang dia sudah haji - pada hal kosong!"


Baik. Rasanya cukuplah sampai di sini dahulu ya. 3 Bahasa Ragam yang telah saya huraikan maksud - maksudnya.

Untuk maksud Ragaman Bahasa seterusnya , saya akan paparkan pada entri hari esok Insyaallah ya.

Okay , berjumpa lagi pada entri berikutnya nanti :)



Mahmud Thalut 2014

Isnin, 20 Januari 2014

DARI BUKU...


Assalamualaikum. Salam bahagia.

Rasanya entri saya di pagi hari Isnin ini adalah yang pertama kali menampilkan panduan di dalam hal - hal tertentu. Tidak seperti sebelum - sebelum ini , entri saya yang bersifat picisan tahap ilegal.

Melangkau kaedah demikian ialah kerana saya merasa tidak senang dan sangat takut. Memberi panduan kepada pembaca bermakna diri sendiri sudah berpengetahuan berkenaan hal - hal yang di utarakan. Walau pun hanya sekadar berkongsi.

Setelah saya koreksi diri sendiri , jelas masih banyak kelemahan , kekurangan yang bergelangang. Kekurangan ilmu lebih ketara.

Justeru , keputusan untuk sekadar tulis tulis jer di blog ini pun di ambil. Maka penulisan atau entri tahap rendah pun terhasil di sini.

Namun , buat julung - julung kalinya , pagi ini di hari ini lahirnya sebuah entri yang memaparkan beberapa panduan yang saya sendiri pun masih belum mengamalkannya. Malah masih perlu banyak menelaah dan mencuba - cuba mempraktikannya. Ia berkenaan:

Ragam Bahasa .

Untuk makluman , penulisan yang saya maksudkan di sini ialah bila menulis sesebuah Novel , Cerpen atau dengan lebih mudah apa - apa yang berbentuk penceritaan. Hanya di dalam kategori itu sahaja.

Jika mahu di laksanakan di dalam perbualan harian atau artikel umum atau khusus, perlulah ia di lihat dari segi kesesuaiannya. Terutama yang tidak menyisihkan elemen - elemen kemurnian atau adab.

Apa pun , ini bukanlah saya kata entri saya yang terbaik dan bertahap tinggi. Bukan ya. Janganlah di anggap begitu pula ya. Saya tidak melihat begitu. Malah masih selemahnya.....Okay.



Di sini saya senaraikan beberapa jenis ragam bahasa yang sesuai atau sudah di persetujui oleh sebuah buku. Dan ia sebuah buku lama iaitu judulnya :

BAHASA MALAYSIA KURSUS PENGAJIAN SENDIRI - spm & sap

- di sediakan oleh KUMPULAN PENYELIDIK PELAJARAN O.B.P

Di cetak pada 1974 oleh Omar Brothers Publications , Singapura.

Katanya:

RAGAMAN BAHASA

Adalah ragaman bahasa yang khas bagi merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan kefasihannya.

Jenis - jenis Ragaman Bahasa:

Ada beberapa jenis ragaman bahasa:

a) Bahasa Sindiran
b) Bahasa Menggiat (usik)
c) Bahasa Mengejek
d) Bahasa Terbalik
e) Bahasa Merajuk
f) Bahasa Tempelak
g) Bahasa Herdik
h) Bahasa Besar
i) Bahasa Naik
j) Pertanyaan Engkar
k) Bahasa Seruan atau Mengeluh
l) Bahasa Berulang
m) Bahasa Bertimbal
M) Bahasa Bukan
o) Bahasa Jenaka

Baik. Demikianlah ya ragaman bahasa yang sudah di senaraikan. Untuk huraian atau pengertiannya , Insyaallah saya akan cuba paparkan dalam entri yang akan datang ya.

Jadi , sekianlah untuk hari ini. Okay :)



Mahmud Thalut 2014

Ahad, 19 Januari 2014

KELANGSUNGAN HIDUP



Assalamualaikum. Salam bahagia.

Malam ini. Saat ini saya sedang duduk menonton sebuah karya Erma Fatima di Tv3 dalam slot Cerekarama berjudul #Balqis.

Ada dialognya lebih kurang begini:

" kau lihat di Kuala Lumpur ni banggunannya cantik - cantik , tinggi - tinggi kan. Tapi kau tak tahu yang berlumut , yang berkarat tu... belum keluar lagi.."



Mahmud Thalut 2014

Sabtu, 18 Januari 2014

BACA MEMBACA

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Membaca adalah kegemaran saya. Tetapi tidaklah layak di kelaskan sebagai ulat buku. Tidak banyak buku yang saya sudah baca. Saya sekadar senang dan mudah membaca.

Selain buku , surat khabar dan majalah adalah hidangan masa lapang saya. Jika di rumah , meja ruang tamu yang sentiasa berpenghuni dengan bahan bacaan kerap menerima tatapan saya. Adakalanya , susah untuk saya ke mana - mana kerana sudah melekat kuat di situ. Ini kerana sesuatu cerita atau berita itu ada yang menarik. Hingga sesetengah waktu saya perlu mengambil keputusan menangguhkan hal - hal yang lain.

Begitulah , membaca ialah kesenangan saya. Membaca buku , surat khabar dan majalah. Membaca blog juga sudah tersenarai di dalam koleksi senggang saya - biasanya ia di sebut sebagai Blogwalking.


Mahmud Thalut 2014

Jumaat, 17 Januari 2014

MASYAALLAH


Assalamualaikum. Salam bahagia.

Di beritakan , siasatan kes kematian 3 beradik yang berlaku di Kedah pada tahun lalu akhirnya suspek dapat di kesan dengan mudah.

Sumber dari beberapa akhbar mengatakan ia di kesan melalui MIMPI.

Ya , dari mimpi bapa kepada ketiga - tiga arwah anaknya yang meninggal dunia di percayai di bunuh itu.

Subhanallah.


Mahmud Thalut 2014

Khamis, 16 Januari 2014

MALAM JUMAAT

Assalamualaikum. Salam bahagia.

" Menurut satu kajian , sehari seramai 300 hingga 400 orang masuk Islam. Dan pada tahun 2020 nanti bilangan umat Islam seluruh dunia di jangka akan bertambah ramai "

Ini adalah apa yang saya dengar dari racangan Ehwal Islam di Tv1 sebentar tadi.

Mahmud Thalut 2014



Selasa, 14 Januari 2014

RABBIUL AWWAL DI AWAL TAHUN BAHARU 2014

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Salam MaulidurRasul SAW 2014

Hari ini 12 RabiulAwwal 1435Hijrah. Hari besar. Hari bermakna bagi umat Islam selain AidilFitri dan AidilAdha serta beberapa sambutan lain yang sinonim dengan agama Islam.

Hari ini umat Islam di seluruh dunia menghentikan seketika rutin aktiviti - aktiviti harian mereka , semata - mata mahu memberi tumpuan dengan penuh penghayatan mengingati tharikh bersejarah kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW Pesuruh Allah , Penghulu segala nabi , Nabi Akhir Zaman.

* Selamat menghayati setiap detik - detik pengorbanan Rasulullah SAW demi cinta baginda terhadap umatnya di akhir zaman *

Allahumassolliwassallim'alaMuhammad

Mahmud Thalut 2014





Isnin, 13 Januari 2014

OKI SUDAH KAHWIN

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Entri hari ini mengisahkan cerita yang telah di ceritakan. Yang ceritanya sudah tersiar dalam Harian Metro bacaan pagi saya hari ini.

Kali ini saya menulis mengenai Oki yang sudah berkahwin. Kenal dengan Oki?




Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Ketika Cinta Bertasbih , tentunya sangat mengenali aktres tersebut. Pemilik nama Oki Setiana Dewi ini , kini sah menjadi isteri kepada lelaki bertuah , Ory Vitrio.

Menurut yang di beritakan , Oki berhasrat mahu berkahwin
ketika umurnya 20 tahun. Tetapi
aktres jelita ini akur dengan ketentuan Tuhan untuknya bertemu jodoh pada usia 25 tahun.

Oki dan Ory merancang untuk berbulan madu ke sebuah destinasi yang indah iaitu di Iskandariah , Mesir.
Menyusul selepas itu akan ke Makkah pula bagi menunaikan umrah.

Selamat pengantin baru untuk Oki dan suami :)


P/s : mengundang minat yang dalam terhadap filem Ketika Cinta Bertasbih adalah ketika saya di khabarkan oleh beberapa informasi mengenainya. Di katakan filem ini mempunyai nilai - nilai kerohanian yang tinggi. Apa bila saya menghayatinya ketika menonton, suatu pesanan memaut hati kita.

Dan yang paling kagum , sebahagian besar pelakon - pelakonnya di katakan 'bukan sekadar melakonkan'. Tetapi hakikat kehidupan mereka seharian teguh menghayati Islam dan patuh meniti syariat Nya.


Mahmud Thalut 2014

Ahad, 12 Januari 2014

HOTEL BARU DI BANDAR BARU

Assalamualaikum. Salam bahagia.




P/s : Insyaallah , maklumatnya di entri akan datang ya.

Sabtu, 11 Januari 2014

SEKOLAH BARU


Assalamualaikum. Salam bahagia.

Sejak bermulanya hari pertama persekolahan dalam musim yang baru tahun 2014 ini , di mana anak - anak yang mendapat pencapaian cemerlang di dalam UPSR dan PMR di tahun sebelumnya, ada yang sudah melangkahkan kaki ke satu suasana yang baru juga. Mungkin sesuatu yang asing barangkali . Tetapi rasa puas dengan kejayaan yang di perolehi itu mampu meredakan sedikit perasaan kekok yang membendung.

Di terima masuk ke sekolah berasrama adalah perkara yang sangat mengembirakan. Malah menyejukkan hati setiap ibu bapa yang telah berhempas - pulas menyara dan menyokong anak - anak mereka berusaha hingga berjaya dalam pelajaran. Kini tibalah musimnya. Dengan tawaran yang datang dari pelbagai sekolah. Dari setiap penjuru negeri. Ibu bapa boleh memilih ke mana hala untuk anak - anak mereka di tempatkan.

Dalam merancang atau meninjau - ninjau destinasi tempat menyambung persekolahan , anugerah - anugerah kecil juga turut muncul. Rezeki jangan di tolak. Selain hadiah dari ibu bapa , pada lazimnya pemimpin setempat seperti Ketua Kampung sebagai contoh ,bersama jawatankuasanya sering juga di lihat amat perihatin untuk memberi sedikit sumbangan berupa wang tunai dan cenderahati kepada anak - anak cemerlang dalam masyarakat bawah naungannya. Ianya sebagai penghargaan serta dorongan kepada anak - anak tersebut untuk lebih proaktif dalam pelajaran selepas itu dan di masa akan datang. Di samping sedikit sebanyak kecermelangan itu dapat juga mengharumkan nama kampung atau komuniti setempat tersebut.

Tidak di nafikan , untuk melihat anak -anak dapat menempah ke sekolah berasrama menjadi impian dan hasrat sebahagian besar ibu bapa. Kini , bagi yang di rezekikan , hajat itu sudah di makbulkan.

Mahmud Thalut 2014

Jumaat, 10 Januari 2014

SUASANA BARU



Assalamualaikum. Salam bahagia.


Kebiasaannya di sini , di tempat saya , di satu tempat dalam Negeri Johor pada tahun lepas, yang masih belum lama berlepas itu, pada setiap hari Ahad suasananya sunyi sepi selepas waktu subuh bila pagi menjelang. Jalan rayanya lengang. Boleh sahaja jika ada sesiapa yang mahu berlenggang - kangkung di atasnya. Insyaallah selamat :). Sekali - sekala adalah kenderaan yang lalu di situ. Tidak seperti hari - hari yang lain.

Ini bukanlah jalan kampung yang jauh melorong ke dalam. Tetapi jalan utama yang menghubungkan beberapa pekan , bandar dan ke lebuh - raya.

Adalah sayup - sayup suara seorang dua sedang bersembang di warung yang sudah sedia di buka sejak awal pagi. Biasanya mereka itu sebahagian penduduk yang menunaikan solat subuh di surau atau masjid. Singgah bersarapan dan membungkus bekalan sebelum pulang ke rumah.

Ini kerana , hari Ahad adalah hari cuti umum pada masa itu. Mereka yang berkerja , sama ada yang bekerja dalam kerajaan mahu pun di sektor swasta bercuti pada hari itu. Jadi lenganglah suasana di jalan raya.

Apabila pagi yang samar - samar kian terang di jengah cahaya matahari , sekitar jam 8:00 pagi , barulah akan kelihatan deretan kereta di tepi jalan raya. Dan di lihat ramai orang memenuhi ruangan kedai - kedai makan atau warung untuk menikmati sarapan pagi di hari minggu bersama keluarga dan sahabat handai.

Begitulah rutin peristiwa hari Ahad. Hujung minggu yang sunyi di awal pagi. Lenanya panjang. Kadang - kadang ada yang memanjang ke tengahari - bukan waktu , tetapi orangnya :).


P/s: walaupun cuti hujung minggu kini di Negeri Johor di tukar dari hari Ahad kepada hari Jumaat , suasana seperti yang di ceritakan tadi tidak lagi berlaku pada hari Jumaat dan pada hari Ahad. Ini kerana sektor swasta tidak terikat dengan ketetapan cuti tersebut. Bermakna , jika mereka yang bekerja dengan kerajaan bercuti , pekerja swasta dan yang bekerja sendiri masih beraktiviti seperti biasa. Begitu juga sebaliknya.

Jadi , setiap hari seawal pagi, hari - hari bermula dengan suasana hari bekerja. Bagus juga kan ;)


Mahmud Thalut 2014 :)

Khamis, 9 Januari 2014

PERASAAN



Assalamualaikum. Salam bahagia.

Setiap hari , dapat kita melihat rutin - rutin kehidupan. Di antaranya , ramai ibu bapa menghantar anak - anak ke sekolah. Tidak kurang ,suami juga ada yang menghantar isterinya ke tempat kerja. Tidak lupa ,di dalam waktu yang sama , kita sendiri bekerja demi menyara keluarga.

Bagi yang tidak berkesempatan atau mungkin ada sebab - sebab atau kerana faktor tertentu , anak - anak di benarkan pergi ke sekolah dengan sendiri. Contohnya anak yang sudah besar dan boleh berdikari. Boleh berbasikal atau menaiki bas sekolah dengan sendiri tanpa penjaga di sisi.

Begitulah juga dengan suami yang mampu menyediakan kenderaan untuk isteri , sebagai kemudahan ke tempat kerja. Atau isteri yang mempunyai kenderaan sendiri. Sama ada kenderaan seperti kereta atau pun motosikal. Malah tidak kurang juga yang menaiki pengangkutan awam atau pengangkutan yang di sediakan oleh majikannya.

Namun di sebalik semua itu , masih ada sesuatu di dalam perasaan ibu ayah dan para suami sepanjang menempuh waktu - waktu tersebut. Iaitu merasa bimbang.

Bimbang terhadap anak - anak yang sendirian pergi ke sekolah. Bimbang terhadap isteri yang berseorangan di perjalanannya ke tempat kerja.

Di waktu itu , berbagai igauan dan sangkaan yang bukan - bukan di jana pemikiran. Ada sahaja kemungkinan menjadi andaian. Malah , adakalanya membuntukan diri sendiri sehingga kurang berselera membuat apa - apa bila mengenangkannya.

Pada asalnya perasaan itu hadir bukanlah di bayangi ketakutan yang melampau. Paranoid atau obses. Walau segelintir persepsi mengatakan ada unsur - unsur negatif di situ.

Tetapi ia sebenarnya adalah lambang nilai kasih sayang terhadap orang yang di sayangi. Sebuah cinta yang lahir dari rasa. Lalu di terjemahkan melalui sikap mengambil berat. Lebih tepat lagi ia adalah asas tanggungjawab itu sendiri. Bertanggungjawab terhadap apa yang di amanahkan adalah sesuatu yang fitrah.

Maka berbimbang - bimbanglah akan keselamatan anak - anak dan isteri di perjalanan. Hanya dengan doa yang di panjatkan kepada Tuhan sahaja dapat mengiringi kesayangan - kesayangan mereka moga di berikan perlindungan.

Ia sebuah perasaan yang biasa. Cuma , kemana hala tujunya di tentukan, akan menjadikannya luar biasa. Akan timbul perasaan kasih sayang yang telus dan bakal berpanjangan. Insyaallah.

Mahmud Thalut 2014 :)

Selasa, 7 Januari 2014

SABAR - episod akhir

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Entri hari ini masih bercerita mengenai menunggu makanan yang di pesan. Masih cerita semalam. Bergegas dari rumah mahu ke tempat kerja. Singgah bersarapan pagi di warung atau kafe. Memesan makanan dan minuman. Dan menunggu dengan sabar.

Semasa terkira - kira berapa lama agaknya pesanan mahu sampai ke meja dan membajet - bajet batas kesabaran kita , sebelum apa - apa , eloknya perhatian penuh di tumpukan dahulu terhadap adik, abang atau pakcik yang sedang bergendang dengan koleh dan gelas di pelantar pembancuh air itu. Bagaimana keadaannya ya? Gelagat mereka itu.

Dalam hal ini , tentu yang nampak jelas dalam situasi tersebut ialah kejenuhan dan kesungguhan 'tukang buat air'. Mereka ini sebenarnya adalah tulang belakang untuk perniagaan ini. Perniagaan makanan dan minuman. Mereka inilah orang penting . Dan seharusnya adalah aset kesayangan pengusaha.

Cubalah buka warung atau kafe , makanannya enak dan sedap - sedap belaka. Tetapi tidak ada jual air minuman. Bagaimana ya?

Baik, berbalik kepada situasi yang begitu 'huru hara' itu , sudah tentu dapat di lihat betapa pakcik , adik atau 'brader' yang sedang berusaha mahu menyediakan pesanan - pesanan pelanggan nyata bertungkus lumus. Bukan tangan dan kaki sahaja kelihatannya ligat dan pantas membancuh dan bergerak ke hulu ke hilir , malah telinga juga main peranan untuk peka dengan setiap lontaran suara yang meminta minuman yang pelbagai perisanya itu. Jika tersilap , di situlah akan terbuktinya sebuah kisah kesabaran yang paling unggul.

Di mana - esok , lusa , tulat dan bila - bila di masa akan datang , kita akan lihat mereka masih lagi tetap di situ untuk menunaikan permintaan kita.

Okay. Itulah akhir ceritanya . Bye :)

Isnin, 6 Januari 2014

SABAR

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Apabila tibanya waktu pagi , sebelum pergi ke destinasi untuk memulakan kerja , tempat yang awal di singgah adalah kafe atau warung kopi.Bukanlah mahu bekerja di situ , tapi untuk mengisi kekosongan kerja di dalam perut yang sejak subuh sudah berkriut - kriut meminta peruntukkan.

Ada juga yang sudah siap bersarapan di rumah bersama isteri tercinta. Yang mungkin lebih menambah selera dengan air tangan isteri sendiri. Namun , ada ketika beberapa faktor mendesak yang memerlukan individu itu bersarapan di luar .

Saling melihat - lihat jam di tangan membanding - bandingkan waktu, pagi yang semakin terang dan suasana di warung atau kafe , fikiran mula mengikut resah. Bukan kerana sudah terlalu lewat untuk ke tempat kerja , tetapi suasana hiruk - pikuk yang berlansung di dalam warung atau kafe pada pagi itu turut mempengaruhi minda.

" Teh 3 ! Dua tarik satu biasa ! "

" Nes 1 Mahkota Dewa 2 ! "

Begitulah. Berulang - ulang . Dan tukang bancuh air itu juga berulang alik dari tempat bancuhan yang berwarna perak itu ke meja pelanggan yang membuat order. Dengan jari - jemari yang mengepit 4 hingga 5 gelas di hantar sekaligus.

Biasanya , warung atau kafe yang sebegini sudah di kenali mempunyai pelanggan atau pengunjung yang ramai. Masakkan dan juadahnya pasti melayan selera . Biasanyalah.

Yang paling meresahkan di waktu itu ialah ,apabila minuman yang di minta tidak tiba - tiba . Tidak sampai - sampai . Yang di order sejak awalnya duduk . Hanya lalu sahaja di depan mata. Ini sangat menakutkan.

Ya. Menakutkan andainya lewat sampai ke tempat kerja. Gara - gara minuman dan makanan yang di pesan tidak di layan.

Apa pun , kekalutan tersebut bukanlah di sebabkan pengusaha warung atau kafe tidak memperduli. Atau pekerja mereka leka akhirnya lupa. Tetapi ia terjadi secara spontan. Situasi begini sebenarnya biasa dalam realiti. Kerana sudah ramai pelanggannya , banyak pula pesanannya , maka menuntut perkhidmatan memperlahankan kelajuan. Bukanlah pesanan - pesanan itu tidak akan sampai . Tentunya akan di tunaikan . Cuma mengambil masa. Dan ia menuntut sebuah kesabaran.

Sekian. Bye ;)

Ahad, 5 Januari 2014

SIHAT

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Kudrat melambangkan keupayaan fizikal. Ada sebahagian dari kita , mempunyai kudrat yang luar biasa. Ada yang biasa - biasa sahaja. Dan ada juga yang hanya mampu sekadarnya.

Bagi mereka yang memiliki tenaga yang kuat , tentu mampu membuat kerja yang berat - berat. Di sebutkan , kerja untuk beberapa orang boleh di lakukan dengan hanya seorang sahaja. Ini sangatlah luar biasa. Pasti ada rahsia.

Pernah mengikuti perkembangan seorang kawan. Beliau tidaklah besar mana orangnya. Biasa - biasa sahaja. Tetapi setelah meninjau dan menyelidik tentang kariernya , beliau ialah seorang petani - pesawah.

Lingkungan kerja menuntut pengusahanya menjemur diri di bawah terik pancaran matahari. Bermain dengan lumpur hitam dan gatal - gatal kulit akibat miang terkena jerami.

Jika dulu - dulu , menanam padi menggunakan teknik 'mengubah'. Iaitu memindahkan anak - anak pokok padi dari tapak semaian ke kawasan bendang . Tapi kini sudah mudah. Hanya dengan memasukkan benih padi kedalam tong mesin pemyembur, kemudian tabur sahaja dari atas batas mengikut arah angin. Mudah bukan. Tidak lagi melenguhkan kaki meredah ciau sambil menghayun tangan.

Awalnya , saya merasakan tidak adalah apa - apa sangat . Kerja - kerja tersebut okay sahaja. Boleh juga di upahkan kepada orang. Tapi setelah saya meneliti , beliau usahakan tanah bendang seluas 50 ekar - seorang diri. Terkejut saya.

50 ekar hanya seorang yang mengerjakannya!

Namun , beliau tidak menafikan faktor lumrah yang berlingkung dalam kemampuan seorang manusia. Jujurnya beliau menjelaskan dengan keluasan bendang sebanyak itu , bukan 100 peratus tenaga beliau diperahkan. Ada ketikanya juga beliau tidak sempat untuk menyelesaikan beberapa bahagian atas sebab - sebab kesihatan atau penat dan urusan lain. Maka waktu itu pertolongan daripada kawan - kawan sekerjaya amatlah di perlukan juga.

Menurut beliau , kekuatan dan kemampuan yang beliau perolehi itu bukan kerana dirinya hebat atau luar biasa. Tetapi ia adalah rezeki kesihatan yang Allah berikan. " Apa sahaja kejadian , ada hikmah yang tersurat dan tersirat. Jika kita mahu semua orang punya kekuatan dan berusaha sebesar mungkin , bagaimana pula dengan mereka yang tidak mampu? Sebab , sedia kita maklum , di dalam dunia ini ada bermacam - macam makhluk yang tahapnya tidak sama ".
KUDRAT ialah antara nikmat yang di anugerahkan oleh Tuhan kepada kita. Tanpa kekuatan fizikal , kita mungkin tidak mampu membuat kerja - kerja yang sedia ada. Hatta , hendak berjalan pun mungkin sudah tidak larat dan bermaya.

Namun , dapat kita lihat atau perhatikan kehidupan di sekeliling , tahap keupayaan seseorang manusia itu sebenarnya sesuai dengan taraf kehidupan mereka.

Bye :)


Yang ini sama - sama kuat

Sabtu, 4 Januari 2014

DOA


Assalamualaikum. Salam bahagia.

Saya berblog hanya menggunakan BlackBerry yang boleh di katakan sudah uzur. Adakalanya bermasalah. Hingga gagal beberapa kali untuk pos satu - satu entri itu.

Faktor itu ,mungkin sedikit sebanyak mempergaruhi teknikalnya. Sukar untuk blogwalking . Di lakukan berulangkali , namun sehingga ada ketikanya terpadam - BlackOut

Jadi , buat mana yang boleh sahaja.

Laptop pula sedang menunggu peruntukkan :). Peruntukkan yang keluar dari kocek saya... tapi hingga hari ini , bahan di dalam poket sering mengalir keluar ke tempat lain.

Maka , berehat lah Compaq Presario di kurungannya. Menunggu .

Okay. Itu sahaja untuk kali ini ya :)

Jumaat, 3 Januari 2014

MARI MEMBACA BUKU



Terima kasih Google

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Baru - baru ini , Pesta Buku Malaysia di adakan di PWTC Kuala Lumpur. Pada 11 hingga 15 Disember 2013 , yang belum lama meninggalkan kita. Mereka yang pergi ke sana tentunya dapat melihat sendiri bagaimana sambutan terhadap bahan bacaan tersebut.

Saya yang hanya melihat dari saluran - saluran imformasi yang terhad, sama ada menerusi internet dan juga TV , menyaksikan betapa meriahnya sambutan di sana.

Buku - buku yang di tunjukkan tersusun rapi di rak - rak dalam booth - booth beberapa syarikat penerbitan yang mempamerkan produk bacaan terbitan mereka.

Semasa menonton siaran berita di TV , satu rakaman tinjauan media sedang memaparkan suasana meriah di booth - booth . Kelihatan pengunjung - pengunjung yang ramai sedang memilih buku kegemaran.

Berbagai genre dan judul ada di jual. Dari bacaan Ilmiah , Novel , Fiksyen dan buku - buku agama juga tidak ketinggalan. Dan yang menariknya , ada di booth - booth yang menampilkan penulisnya sekali. Ini memberikan rasa terhibur kepada pengunjung. Kesempatan tersebut di ambil bagi mendapatkan tandatangan
penulis di buku tulisannya yang mereka beli.

Ya. Tidak di nafikan , rakyat negara kita sebenarnya gemar membaca. Dengan kemunculan pelbagai genre buku dan ramainya penulis , membuktikan sambutan masyarakat ke atas buku sama sekali tidak di ragukan lagi.

Bercerita mengenai buku , saya teringat seorang penulis yang hebat. Iaitu Jose Carlos Ryoki Inoue dari Brazil. Di catatkan , beliau adalah seorang penulis yang tiada tandingan. Beliau sangat prolifik. Bayangkan , 39 nama samaran beliau gunakan pada 1,070 buku tulisan beliau. Dalam sehari , novel setebal 195 halaman boleh di siapkan. Setiap satu bab mampu di tulis dalam perjalanan ke bilik mandi.

Okay. Itu sahaja ya. Selamat membaca buku :)

Khamis, 2 Januari 2014

Ukhwah di 2014

Assalamualaikum. Salam bahagia.

1).
" Ya Allah. Saya mohon dari Mu , untuk di limpahkan kekayaan kepada saya pada hari ini , saat ini. Kerana saya tidak mampu menunggu untuk menikmatinya di masa akan datang yang mungkin terlalu lama tibanya "

Itu ialah salah satu munajat atau doa dari seorang hamba Allah yang terperangkap dalam arus peningkatan taraf hidup pada hari ini. Hakikat yang berealiti itu amat menakutkan. Tiada siapa dapat menepis dari di rempuh oleh kedahsyatannya itu.

Tetapi yang ini lain pula ceritanya. Lainnya kerana doanya. Yang begini bunyinya :

2).
" Yaa Allah , saya hamba Mu yang hina. Yang hanya meminjam pemberian Mu. Yang jika Engkau tidak memberi , maka tiadalah untuk saya kecapi. Dan dengan kekayaan yang ada pada saya ini , dapatnya saya mengatasi segala kesulitan dalam hidup adalah kerana kekuasaan Mu Yaa Allah. Dan saya sangat - sangat mengharap , ia adalah pemberian atas Rahim Mu "

Ini ialah luahan rasa bersyukur seorang yang masih hamba Allah juga. Bukan selainnya. Sama. Seorang hamba. Cuma ,dia seorang kaya. Mungkin juga berjawatan dalam pentadbiran negara. Dan bait - bait lagunya , jika di perhatikan ia bukan sepenuhnya ciri merayu dan meminta. Tapi lebih kepada kesedaran dan kesungguhan berterima kasih kepada Tuhannya.

2014 - sebuah musim baru. Ada setengah dari kalangan mengatakan siri kali ini adalah tahun yang berhantu. Tahun bahana untuk mereka yang miskin dan berpendapatan rendah. Dan di sebalik suara itu , ada pula latar yang berbunyi , lembaran baru ini adalah garis mula yang amat mengembirakan bagi pendokong negara dan sekutunya. Mereka akan mengaut kekayaan sekaya - kayanya.

Apa pun kebarangkalian , 1. dan 2. contoh yang di tulis di atas itu adalah 'keperluan' yang sangat di perlukan. Baik oleh rakyat mahu pun di kalangan pemimpin. Penting untuk kestabilan negara.

Pergantungan kepada Allah . Pegangan agama yang ikhlas , yang di dahului oleh para pemimpin beragama Islam ,mampu menjana keharmonian dalam bermasyarakat seterusnya memakmurkan negara.

Siapa yang namanya berfitrah tidak cintakan kedamaian?

Pasti setiap dari kita , nalurinya berkehendak kepada kasih dan sayang. Skop yang di ceritakan ini sangatlah luas. Umumnya , 2014 ini , manusia sejagat mula mencuba mencuit hati sesama. Mula berkongsi perasaan bersama. Mula menilai diri. Berkoreksi.

Di khalayak kita juga, kini sudah mula saling mengenali hati dan budi. Rakyat dalam segan - segan pun , matang mengintai keinginan di dalam sanubari pemimpinnya. Juga sebaliknya, yang memimpin mula menyingkir rasa - rasa di dalam diri yang di lihat tidak menepati.

Walau adakalanya, air tumpah di baju sebelah, tapi ia tidak akan kekal basah. Kerana di dalam hati sudah ada agama dan Pemiliknya. Jadi , tidak salah jika berlapang - lapang bekerjasama untuk mengeringkannya .

Mahmud Thalut 2014 :)

Rabu, 1 Januari 2014

Wordless Wednesday Pertama 2014


Asslamualaikum. Salam bahagia.

Bertemu lagi kita di halaman Wordless Wednesday . Dan hari ini hari Rabu yang baru. Ya. Di tahun baru 2014.

Wordless Wednesday 2014 di mulakan pada hari pertamanya nampaknya :)

1JANUARI2014

Sekian. Wasallam.

BYE :)