Selasa, 12 November 2013

Bros - bukan 'sis'

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Seorang Jurutera dan seorang lagi arkitek. Kedua-duanya juga adalah bekas pensyarah. Kini, kepakaran mereka berdua ini dihalakan pula ke satu lagi bidang yang tidak kurang juga memerlukan sentuhan kemahiran bidang mereka, iaitu Kek.

Ya. Bukan mudah untuk menghiaskan kek dengan tampalan-tampalan krim serta berbagai lagi eksesorinya. Kerana itulah seorang jurutera diperlukan untuk proses pemasangannya. Dan peranan seorang arkitek pula amat di perlukan untuk merangka sebelum membina satu-satu kek itu.

Maka, untuk menyiapkan sebiji kek memerlukan kepakaran Saifullizam Mohammad dan Mohd. Syukri Isa.



Gambar Utusan Arkib


ARKIB : 08/11/2013

UtusanOnline

Pecah tradisi

SEMEMANGNYA wanita lebih sinonim dengan bidang pembuatan kek. Namun apabila kemahiran ini dinilai pada lelaki hasilnya memang sukar untuk dibuat perbandingan.

Cake Bros membuktikan fakta ini apabila setiap kek yang dihasilkan dua sahabat ini, Saifullizam Mohammad, 33, dan Mohd. Syukri Isa, 29, memang mempersonakan mata setiap yang memandangnya.

Lebih memeranjatkan mereka bukanlah chef atau pernah menghadiri mana-mana kelas kulinari.

Secara profesional mereka sebenarnya jurutera dan arkitek bertauliah yang juga bekas pensyarah, yang pada awalnya hanya mahu memulakan satu perniagaan sampingan tanpa memerlukan modal besar.

"Idea kami menubuhkan Cake Bros berputik ketika masing-masing bertugas sebagai pensyarah di Melaka. Selepas kuliah, kami banyak masa terluang dan mula mencari apa jenis perniagaan yang boleh kami usahakan bersama dengan modal yang rendah.

"Pelbagai idea dicadangkan termasuk menternak ikan keli, menanam cili dan sebagainya. Akhirnya kami fikir membuat kek adalah yang paling senang dan murah.

"Bermodalkan RM100 seorang dan meminjam mesin pengadun serta ketuhar emak saya, kami mulakan kek pertama dengan menyahut cabaran seorang jiran yang mahu kami menghasilkan kek keju untuk majlis hari jadi anaknya," cerita Mohd. Syukri sambil diakui sahabat baiknya, Saifullizam.

Lebih mengejutkan, mereka berdua bukanlah penggemar kek dan tidak pernah terfikir untuk membuat kek, semuanya dimulakan dengan sedikit penyelidikan di Internet dan buku masakan.

"Kek pertama, kami sendiri pun tidak sempat rasa tetapi selepas jiran kami dan tetamu memuji keenakannya, kami jadi bersemangat.

"Pujian tersebut bagai satu suntikan untuk kami meneruskan projek kek. Kami belajar tentang dekorasi kek menerusi YouTube. Selepas itu tempahan demi tempahan kami terima sehingga turut diminta membekalkan kek ke koperasi kolej.

"Kek untuk perkahwinan sebenarnya bermula tahun 2009. Kek pertama kami buat untuk perkahwinan seorang rakan pejabat.

"Kek tiga tingkat itu memang mendapat maklum balas yang amat baik menjadikan kami semakin serius dengan perniagaan yang ketika itu diberi nama Passionbite Sdn. Bhd.," kata Mohd. Syukri lagi.

Reka bentuk

Nama pun arkitek dan jurutera, maka walaupun bidangnya kini pembuatan kek, prinsip reka bentuk dan keseimbangan tetap diimplementasi dalam pembuatan kek.

"Seperti seorang arkitek, mulanya kami akan buat lakaran kek atas kertas. Kemudian kami tentukan warna yang biasanya ringkas dan tidak rumit.

"Bagi kek bertingkat memang kami pastikan struktur 'piling' yang betul. Kadang kala kami gunakan penyukat air untuk memastikan kek tidak senget.

"Boleh dikatakan skil kejuruteraan itu memang tetap diaplikasi dalam pembuatan kek," kata Saifullnizam.

Di kelas membuat kek pula, mereka turut memperkenalkan diri sebagai jurutera dan arkitek dengan imej memakai topi keselamatan.

"Kami rasa kami tidak layak pun untuk memakai topi chef kerana kami bukan chef. Kami juga mahu memperkenalkan jenama Cake Bros kerana biasanya pelanggan yang emel kepada kami akan menggunakan perkataan 'sis', jadi dengan nama Cake Bros kami harap mereka tahu kami bukan perempuan tetapi lelaki," jelas Mohd. Syukri yang masih bujang.

Kerana tidak mampu lagi memberi fokus kepada dua kerjaya serentak, akhirnya dua sahabat ini mengambil keputusan berhenti dari menjadi jurutera dan arkitek.

"Penghujung tahun lalu Kami ambil keputusan fokus 100 peratus kepada perniagaan apabila tempahan diterima memang tidak menang tangan.

"Bayangkan, jualan sebulan mencecah hingga RM17,000. Hujung minggu memang kami tidak tidur dan kalau dapat lelap sejam pun sudah mencukupi.

"Produksi mula setiap hujung minggu dan kami hanya dapat rehat pada hari Isnin dan Selasa," katanya yang turut menyediakan kek perkahwinan selebriti seperti Nabil Raja Lawak dan Diana Amir.

--- --- ---

P/s : kepada pembaca dan rakan-rakan blogger yang di kasihi sekelian, alhamdulillah kini ruang komen blog saya sudah BEBAS dari Word Verification.

Saya ingin mohon maaf ya, kerana sebelum ini ia sangat menyulitkan apabila untuk menulis komen. Kerana ada sedikit masalah teknikal.

Okay itu jer. Terima kasih ya kepada semua pembaca dan yang sudi memberi komen :)

13 ulasan:

  1. Salam ..kita pun dah lama nak bagitau..Alhamdulillah dah ok..nway suka dengan mereka-mereka yang kreatif ni..tahniah untuk bros ni coz dah jadi pakar rujuk yang selalunya dipelopori oleh sisters..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Alhamdulillah, terima kasih ya kerana ada bercadang nak bagitau kami.

      Ya. Mereka ni berkebolehan. Dan berbakat besar.

      Padam
  2. deno ada terbaca kat paper.. bagus diaorang nie^^

    BalasPadam
  3. Memang gempak lah mereka ni! Kemahiran boleh di adaptasikan dalam membuat kek... Kerja sendiri lebih puas dari makan gaji.

    p/s: terima kasih diatas keprihatinan anda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Mereka pecah tradisi ni.
      Dan mereka adalah pekerja dan merekaah juga bos.

      P/s: sama-sama Tuan BM. Terima kasih kembali :)

      Padam
  4. wow.. memang cantik hasil kerja dia.. kalah wanita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Sungguh menarik. Juga kelihatan menyelerakan. Insyaallah , setanding wanita.

      Padam
  5. buat bisnes barang kahwin skang ni memang untung besar..bukan murah tu...terbaik bro dah buang Word Verification tu..semoga terus jaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Bisnes sedemikian semakin mendapat sambutan serta memberi pulangan yang lumayan. Namun menuntut permodalan yang besar juga.

      *insyaallah dan terima kasih Tuan BL :)

      Padam