Sabtu, 26 Oktober 2013

Penganti Gula Pasir?

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Mansuhnya subsidi gula , bermakna naiklah harganya dipasaran. Memandangkan kenaikan itu ada hubungkait dengan meningkatnya penghidap diabetis dikalangan rakyat negara ini - mungkin maklumat ini ada manfaatnya - Insyaallah.

Selamat membaca :

ARKIB : 04/10/2010
UTUSAN MALAYSIA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm

Stevia pemanis semula jadi

Oleh LAUPA JUNUS

Antara produk yang dihasilkan berasaskan stevia.

Ramai sudah menyedari kehadiran stevia, sejenis tanaman seperti herba yang berfungsi sebagai pengganti gula kerana kemanisan semula jadinya.

Kehadiran pokok tersebut di tengah-tengah kegilaan masyarakat Malaysia kepada rasa manis melampau seakan-akan memberi khabar gembira dan mengurangkan rasa terancam kepada penyakit diabetes.

Bayangkan rakyat Malaysia yang dikatakan gilakan kepada manisan sumber utamanya ialah susu pekat dan gula merupakan pengguna kelapan tertinggi di dunia dengan jumlah 46.9 kilogram perkapita pada 2005 atau 26 sudu sehari, meningkat daripada 17 sudu pada 2007.

Bagi menambah kemanisan fakta-fakta tersebut, rakyat Malaysia merupakan pengidap diabetes keempat tertinggi di Asia yang mana jumlahnya ialah 800,000 pada 2009 dan dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun ini.

Demikian penangan gula dan manisan kepada gaya hidup rakyat Malaysia yang dilaporkan mengalami peningkatan angka masalah obesiti atau kegemukan.

Dengan angka-angka tersebut, kecenderungan pengguna kepada usaha penjagaan kesihatan terarah kepada bagaimana rasa manis dapat dikekalkan dalam hidup mereka tetapi pada masa sama, sentiasa sihat.

Tetapi adakah stevia menjadi penyelesaian terbaik ketika ini sehinggakan industri kecil dan sederhana berasaskan pokok tersebut kian bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Selaras dengan teori mudah perniagaan, ada permintaan maka adalah pembekal, maka stevia mula menjadi sebutan sebagai pemanis sihat.

Ketika ini, banyak pemanis tiruan berada di pasaran dengan pelbagai jenama tetapi kesangsian tetap timbul sama ada ia menyihatkan atau sebaliknya.

Bagaimanapun menurut Pegawai Penyelidik Prinsipal, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Tan Swee Lian, pada masa sama, beberapa pemanis semula jadi juga digunakan antaranya Glycyrrhin, lo han go, stevioside , periallaetin dan thaumatin turut dimanfaaatkan oleh pengguna.

Katanya, glycyrrhin diperoleh daripada akar Glycyrrhiza Glabra, lo han go (buah Siratia Grosvenorii) manakala stevioside (daun stevia iaitu Stevia Rebaudiana), perillartin (Perilla frutescens) dan thaumatin daripada buah ajaib atau nama saintifiknya Thaumatoccus Danielli.

Hanya stevia dan thaumatoccus yang boleh tumbuh di negara ini manakala yang lain adalah tumbuhan beriklim sederhana,'' ujar beliau.

Katanya, oleh kerana thaumatococcus yang diuji pada oleh MARDI pada 1980-an menunjukkan hasil yang rendah, maka kajian kini tertumpu kepada stevia.

Masalahnya ialah, harga untuk mengeluarkan stevia di ladang di negara ini lebih tinggi berbanding mengimportnya.

Stevia merupakan sumber pemanis semulajadi dan menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori dan sesuai untuk mengurangkan berat badan.

Gula pemanis sihat itu lebih manis sehingga 250 kali ke 300 kali berbanding gula biasa.

Disebabkan pengetahuan baru rakyat Malaysia berkenaan stevia dan pada masa sama kesedaran penjagaan kesihatan semakin meningkat, permintaan kepada pemanis semula jadi itu semakin ketara.

Dengan permintaan yang meningkat, ramai pengusaha telah muncul menawarkan produk masing-masing tetapi yang menjadi masalah ialah bekalan yang sukar diperoleh.

Ini mendorong kepada usaha penanaman sendiri untuk menampung bekalan supaya tidak terputus.

Meskipun belum ada usaha penanaman sendiri secara komersial, setakat ini, terdapat beberapa syarikat yang terlibat dalam pemprosesan yang mengeluarkan produk berasaskan stevia.

Beliau belum lagi menggalakkan pengusaha menanam sendiri buat masa ini memandangkan kajian mengenainya masih dijalankan.

Menurut Swee Lian, stevia ditemui oleh seorang warga Itali, Bertoni, di Paraguay di benua Amerika Selatan yang mana orang asli di negara berkenaan menggunakannya sebagai manisan pada ubatan.

Ini bermakna mereka (Orang Asli) tidak menggunakannya secara rutin atau makanan harian.

Oleh itu perlu ada kajian apakah kesannya jika diambil (digunakan) selalu,'' katanya.

Di Malaysia, kajian mengenai penanaman stevia telah dijalankan sejak 1970-an yang mana seorang pelajar telah berjaya memperoleh ijazah doktor falsafah. Tetapi penyelidikan lanjut mengenainya tidak dijalankan kerana kemungkinan tidak ada sokongan teknologi atau varieti baru.

Pada 1990-an, sebuah syarikat, Stevian Biotechnology mengeluarkan produk pemanis berasaskan stevia.

Syarikat tersebut yang beroperasi di bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan dikatakan membawa masuk 69 varieti stevia dari luar negara antaranya Rusia, Paraguay, China dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, sebuah syarikat lain telah mengambil alih operasinya dan banyak membawa masuk ekstrak mentah stevia berbanding penggunaan daun kering.

Pada masa sama, syarikat terbabit, Pure Circle juga pernah merancang untuk mengadakan kerjasama dengan MARDI.

Namun kata Swee Lian, pihaknya telah menghasilkan beberapa klon sendiri dan daripada itu, terdapat klon yang berpotensi untuk ditanam di negara ini.

Masalahnya kata beliau, waktu siang selama 12 jam yang terdapat di Malaysia dianggap pendek dan menyebabkan stevia cepat berbunga.

Apabila cepat berbunga, tuaian terpaksa dilakukan sedangkan ketika itu, daun mungkin sedikit dan kualiti kemanisan masih rendah.

Apabila cepat berbunga, pertumbuhan tampang berhenti dan ini menjadikan tumbesarannya terbantut.

Proses berbunga boleh berlaku sekerap sebulan sekali dan ini tidak sesuai kerana ini bermakna perlu menuai sangat kerap. Tambahan pula kos operasi meningkat kerana penggunaan tenaga buruh meningkat.

Di negara yang mana waktu siangnya mencapai 16 jam, pokok stevia boleh mencapai ketinggian sehingga dua meter manakala di negara ini, ketinggian pokok stevia mencapai antara 30 dan 40 sentimeter (sm).

MARDI telah menghasilkan beberapa varieti yang ditanam di beberapa lokasi iaitu di stesen penyelidikan agensi terbabit antaranya Bukit Tangga, Telong, Kubang Keranji, Kluang, Serdang dan Pontian.

Varieti yang dihasilkan ialah MSR007, MSR012, MSR024, MSR024, MSR028 dan MSR029.

Selepas lapan penuaian, jumlah yang diperoleh ialah 11.56 tan sehektar (t/ha) dalam satu tahun berbanding di China (1.3 t/ha), Kanada (2.85 t/ha), Amerika Syarikat (3.6 t/ha), India (4 t/ha) dan Rusia (1.5- 5.5 t/ha) di mana hanya satu tuaian dilakukan.

Pada masa sama, berdasarkan data MARDI, jumlah kandungan pemanis dalam stevia stevioside amat rendah iaitu antara dua dan 4.9 peratus, rebaudioside A (0.9-4.8 peratus) berbanding di Kanada sebagai contoh sehingga 10 peratus stevioside dan rebaudioside A sehingga empat peratus.

Pada masa sama, pengeluaran benih stevia di negara ini bukan pilihan yang bagus manakala penggunaan keratan sebagai bahan tanaman menunjukkan kejayaan yang kurang memberangsangkan.

(Setakat ini) kita tidak syorkan orang menanam, kerana perlu bersaing dari China yang mana harganya murah - hanya RM7 sekilogram daun kering.

Pada kos tersebut, kita tidak mampu bayar kos pengeluaran,'' katanya lagi.

Beliau berkata, berdasarkan kajian awal daripada lapan atau sembilan tuaian setahun pendapatan kasar yang diperoleh ialah RM77,000 sedangkan kos mengurus ladang mencapai RM96,000 setahun.

Oleh kerana itu, kata Swee Lian, masih banyak perlu dilakukan dalam usaha menambah baik industri penanaman stevia di negara ini.

Kajian beliau bersama beberapa pakar sejak 2007 melibatkan 10 sub bidang antaranya mekanisasi, pengurusan rumpai, penyakit dan perosak, pengurusan air, agronomi dan fisiologi.

Kajian berkenaan dijangka siap seawal-awalnya tiga tahun lagi yang mana satu pakej yang menguntungkan dapat dihasilkan apabila ia siap.

Setakat ini katanya, pengusaha tempatan kebanyakan mengimport dari luar negara dan antara pengeluar utama ialah China, India, Brazil, Kanada dan Rusia.

Sesetengah syarikat juga mempunyai kontrak perladangan stevia dari negara luar terutama Thailand, Vietnam, Indonesia, Laos, China dan Paraguay.

P/s : penggunaan berimbang gula pasir dan manisan stevia bagaimana ya?

12 ulasan:

  1. semakin popular stevia lepas nie...

    BalasPadam
  2. salam.gula akan naik apa nak buat padahal bukan malaysia ada kilang gula hurm...entah susah nak kata saya tak tahu kata apa berjimat itu perlu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Ya. Semoga ada hikmahnya ya disana. Mudah-mudahan insyaallah.

      Padam
  3. Dari segi penanaman, tak sure mana lagi cost effective, sama ada stevia atau tebu. Di Malaysia ni, harga gula mahal akibat sistem monopoli yang dikawal oleh pemain-pemain tertentu dalam industri gula. Bayangkan, seluruh Malaysia ni cuma ada 4 je kilang proses gula. 2 di Semenanjung, 1 di Sabah, 1 di Sarawak.

    Tebu siapa-siapa pun boleh tanam, tapi nak dapatkan lesen proses gula tu. Hanya individu-individu tertentu je yang boleh dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika demikian , individu perlulah positif dan komited dalam hal penjagaan kesihatan ini khususnya penghidap pada diabetis.

      Padam
  4. gua dah berapa bulan guna stevia ni..tapi dalam liquid rokok eletronik la..hu3

    BalasPadam
  5. harap-harap dia orang boleh push for stevia sebagai aternative..coz sekarang ni macam tak popular sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Harap begitulah. Minta dapat di promosikan oleh pihak yang berpengaruh.

      Padam