Jumaat, 8 November 2013

Negara 'Sunyi'


2013/11/08

Seoul: Korea Selatan semalam menyaksikan 65,000 pelajarnya mula menduduki peperiksaan tahunan untuk kemasukan ke kolej, menyebabkan jadual penerbangan terpaksa diubahsuai, manakala lalu lintas dikawal ketat bagi memastikan mereka dapat menghadirinya.

Peperiksaan yang diadakan serentak di 1,257 pusat di seluruh negara, menyaksikan seluruh Korea berubah menjadi menjadi negara sunyi sepi.
Kementerian pengangkutan melarang semua pesawat berlepas atau mendarat untuk tempoh 40 minit ketika ujian lisan bahasa diadakan.

Elak latihan tentera

Kementerian Pertahanan juga menjadualkan semula latihan tentera udara dan menembak manakala kenderaan dilarang berada dalam lingkungan 200 meter berhampiran pusat peperiksaan.

Pejabat awam dan perniagaan utama termasuk pasaran saham dibuka kira-kira sejam lebih lewat daripada biasa semalam untuk memastikan jalan raya lengang dan pelajar tiba tepat pada masanya.

“Mereka yang terperangkap boleh mendail nombor kecemasan 112 dan meminta bantuan kereta atau motosikal polis yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk membawa pelajar ke pusat peperiksaan,” kata pegawai.

Di Sekolah Tinggi Perempuan Pungmoon di Seoul, pelajar junior meletakkan kain rentang ucapan selamat berjaya dan berbaris untuk memberi galakan kepada senior mereka yang memasuki dewan peperiksaan.

Ibu bawa tasbih

Bagi ibu pula mereka membawa tasbih berdoa di luar pintu pagar sekolah selain ada yang terus ke kuil untuk mendapatkan restu.

Keselamatan turut menjadi keutamaan apabila beratus-ratus pegawai peperiksaan diletakkan di satu lokasi rahsia selama sebulan dan hanya dibenarkan untuk meninggalkan tempat itu selepas peperiksaan berlangsung.

Mereka diasingkan, dilarang menghubungi keluarga menggunakan telefon dan segala-galanya termasuk sisa makanan mereka turut tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan Persediaan bagi peperiksaan penting itu bermula dari sekolah rendah dan memberikan tekanan hebat kepada pelajar dan turut dipersalahkan dengan pelbagai perkara termasuk penyebab pelajar membunuh diri. AFP

Sumber: Berita Harian

8 ulasan:

  1. Salam blogging....salam kenal...saya dah add anda...add saya,ok kan..saje ingin kenal pasal kita sekarang tengah sama-sama berguru dengan OH blogger. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Salam kembali.
      Okay , saya akan add Tuan Khairuddin. Terima kasih ya ingatkan.

      Padam
  2. Budak-budak kat Korea pun tengah musim periksa jugak sekarang ni. Macam kita kat sini pulak tengah sibuk dengan SPM. Hehe

    BalasPadam
  3. Exam time sekarangkan...good luck untuk semua..

    BalasPadam
  4. sepatutnya begitu juga time SPM kat Malaysia..

    Entri terbaru saya bertajuk- 7 Halaman Ping Yang Popular [Edisi Kemaskini]

    BalasPadam