Sejarah adalah perkara yang berlalu. Ia adalah rentetan untuk berlaku sesuatu di masa hadapan. Buktinya adalah pada hari ini. Iaitu sebagai masa depan bagi setiap era atau zaman-zaman yang di tinggalkan .
Dalam hal berkaitan, negara kita Malaysia, apa yang (saya kerap mendengarnya diperkatakan ramai orang) di sebut-sebut "Malaysia akan melonjak sebagai negara yang menerajui empayar dunia di zaman ini" betul-betul menarik perhatian saya.
Sesuatu yang kedengarannya begitu, ianya pasti serius sekali. Fakta sangat perlu untuk membuktikannya. Menuntut perbincangan yang panjang lebar untuk membuat rumusan. Perlunya pakar-pakar mengelilingi meja bulat bersama detail minit mesyuarat.
Tapi dari sidang spontan, ia seperti tidak perlu di fikirkan. Sebabnya, apabila mendengar sahaja mengenai hal itu, minda dan hati sudah bersedia dengan jawapan-jawapannya. Hasil dari ketampakkan realiti.
Ada beberapa perkara yang saya yakini sebagai tanda setuju , Malaysia akan mengambil alih 'jawatan tersebut' - Empayar dunia. Namun, saya mengambil pendekatan yang optimis. Tidaklah keterlaluan. Berstatus sebagai rakyat biasa, sekadar membaca dan melihat.
Berikut adalah 'alasan-alasan' saya:
1.Malaysia negara yang kerdil sejak sebelum, juga masih kurang dikenali oleh dunia sekitar selepas merdeka. Dengan bangsanya yang Melayu dianggap berfikiran 'rendah' oleh kuasa-kuasa besar dunia di satu ketika. Tetapi akhirnya kini menjelma sebagai Negara yang menjadi tumpuan dunia. Rakyat Malaysia berada di mana-mana negara seluruh dunia pada hari ini. Bukan sebagai nomad, tetapi membawa nama negara dan di harumkan dalam semburan kepelbagaian bidang, terutama yang bertahap tinggi dan profesional.
2.Malaysia menjadi sebutan-bualan oleh negara- negara hampir di seluruh dunia. Pujian dan pengiktirafan seringkali kita dengar dan lihat ia di beri kepada negara.
3.Bagi para pelabur dan juga ahli-ahli perniagaan dari luar negara, mereka seakan melihat Malaysia bagaikan bursa saham atau ruang perniagaan yang sentiasa mampu meraih keuntungan. Maka kita dapat menyaksikan berbondong-bondong rakyat asing datang membuat duit di negara kita.
4. Perhatian yang diberikan kepada Malaysia ini ada pelbagai sebab. Sama ada atas kepentingan atau agenda. Mungkin juga secara pandangan atau keperluan. Malah banyak juga sebagai satu pengharapan. Dari sudut pandangan negara atau individu. Antaranya ialah:
Di sebut-sebut :
Negara yang aman makmur. Rakyatnya sangat bersopan. Islam contoh. Ekonomi stabil. Negara dan rakyatnya bersih. Bertimbang rasa. Rasa selamat. Negara dan rakyatnya suka membantu. Pelaburan selamat, Jika berlaku insiden atau kekalutan, menanganinya bermula penuh hikmah.
Dan seribu satu sebab lagi pencapaian-pencapaian yang baik berkaitan Malaysia jika hendak di tuliskan disini. Dan yang paling utamanya, yang disebut-sebut oleh semua, dan kita kerap mendengarnya, sama ada dari pandangan sebuah negara mahupun individu-individu yang mewakili negara-negara mereka atau diri mereka sendiri ialah:
“Orang Melayu sangat baik-baik. Bertemu mereka di tempat kami, menggambarkan tamadun manusia yang hebat sudah berjalan di Malaysia untuk kami contohi”
Umum sahaja kenyataan itu. Biasa. Tapi ayat “..untuk kami contohi..” itu bukanlah calang-calang kenyataan untuk dilafazkan dari mulut bangsa yang pernah menjajah Negara kita suatu masa dahulu.
SEKIAN
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 56
Tiada ulasan:
Catat Ulasan