Google+ Followers

Isnin, 21 Oktober 2013

Dingin = Lapar


Assalamualaikum. Salam bahagia.

Hujan turun agak lebat petang tadi. Melihatkan halaman rumah di genangi air , memungkinkan akan banjirkah ? Air yang deras turun menderu ke halaman dari jalan raya yang kedudukannya agak tinggi itu bagai mahu menenggelamkan kejiranan di sini. Tapi , nampaknya tidak. Air mengalir laju menjunam ke perparitan lalu meluru ke sungai berhampiran. Al maklum , sudah di laporkan beberapa daerah atau kampung di negeri-negeri ada yang sudah di tenggelami air.

Hujan sudah berhenti. Tapi cuaca masih dingin malam ini. Cuma ada juga kedengaran guruh bergema bermaksud mungkin ada lagi hujan selepas ini...rasanya. Yang pasti, kedinginan yang menyelimut tubuh ini memanipulasi perut dan mengundang selera - laparnyaaaaa :)

Mengapa kita akan berasa lapar ketika suasana dingin?

Sewaktu hujan, suhu akan mulai turun dengan serta merta kerana cuaca menjadi sejuk. Suhu yang turun itu jauh di bawah suhu normal manusia. Bila suhu udara berlingkungan lebih rendah dibanding suhu tubuh manusia, tubuh kita akan berusaha menormalkannya semula.

Bagi menormalkan kembali suhu badan ,tenaga diperlukan. Berlakulah aktiviti pembakaran menggunakan lemak dalam tubuh kita. Haba akan terhasil daripada bahan bakar tersebut. Di waktu itu , apa sahaja menu sedap-sedap akan tergambar di visual imaginasi kita... :)

P/s: ..dah lapar , apa pun santap ..hehe

12 ulasan:

  1. Selalu hujan sini kat Muar, kejap hujan kejap tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Ini pun macam nak turun lagi. Adakalanya jam 3 atau 4 pagi hujan juga.

      Padam
  2. Salam Selasa..sekarang ni musim hujan dan banjir..so kena hati-hati..

    BalasPadam
  3. Salam kembali.
    Ya , sentiasa berhati-hati disini. Standby.

    BalasPadam
  4. salam kenal..

    kalau hujan mmg synonym dengan lapar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali :)
      Juga teringat banjir besar 2006

      Padam
  5. kalau hijan, teringat ubi kayu ooo.. mkn dgn ikan kesing atau kelapa.

    BalasPadam
  6. Ya betul tu..hehe
    Kelmarin baru jer pekena ubi dengan sambil tumis ikan bilis :)

    BalasPadam
  7. Time-time hujan ni memang sedap pekena kuih jemput-jemput ikan bilis dan minum teh o suam. Rasanya memang sungguh mengasyikkan. Teringat nostalgia zaman kecik-kecik dulu.

    BalasPadam
  8. Masyaallah..dah lama tak kena kuih jemput-jemput macam tu... Rasa nak buat pula ..memang sedap :)

    BalasPadam