Isnin, 28 Oktober 2013

Tatmadaw: kesannya dan kesiannya


Assalamualaikum. Salam bahagia.

28/10/2013 Isnin

"WALAUPUN tidak minat pada pekerjaan membaiki motosikal, Zaw Min Paing tetap gigih membaiki sebuah motosikal buruk di bawah terik mentari. Tangannya dipenuhi minyak hitam, dilihat cukup pantas dan bersemangat membaiki kenderaan itu.

Berumur 20 tahun dan gagal menamatkan persekolahan, beliau merupakan antara ribuan mangsa askar kanak-kanak di Myanmar yang dikenali sebagai Tatmadaw.

“Ayah hanya pembawa beca roda tiga. Pendapatan tidak seberapa kerana hanya ambil penumpang sekitar kampung. Ibu pula terpaksa bangun awal pagi menjual kacang rebus di jalanan dan stesen bas,” katanya yang sedang asyik membaiki motosikal cabuk itu.

Menurutnya, ketika itu, kehidupan mereka sekeluarga amat payah dan ada kalanya hanya menjamah kacang rebus lebihan jualan ibu untuk seminggu.

“Kumpulan perekrut memujuk saya menyertai tentera dan saya terima dengan satu matlamat iaitu mahu meringankan beban keluarga,“ katanya.

Bogale pusat rekrut

Min Paing berasal dari Bogale iaitu bandar kecil terletak di selatan Yangon, Myanmar berhampiran wilayah selatan Irawadi yang suatu masa dulu pernah digelar sebagai 'lombong emas dunia’ kerana kaya dengan sumber alam.

Pada Mei 2008, ketika pemerintahan tentera, seluruh wilayah itu lumpuh susulan bedilan taufan Nargis hingga memusnahkan hampir 90 peratus rumah dan premis perniagaan termasuk 140,000 orang dilaporkan terbunuh.

Kegilaan taufan itu juga menyebabkan ramai keluarga terpisah, wanita menjadi janda dan lelaki menjadi duda termasuk ribuan kanak-kanak bergelar yatim piatu.

Pada ketika itu juga, tentera mengambil kesempatan mengambil kanak-kanak untuk dijadikan tentera. Bagi yang tidak cukup kelayakan, mereka akan kekal menjadi hamba atau hidup gelandangan.

Kesan Tatmadaw

Berbalik kepada kisah Min Paing, bapanya, Zaw Soe Paing, 39, terkejut apabila anak sulungnya dipaksa menjadi askar tanpa pengetahuannya ketika itu.

“Selepas taufan Nargis, saya hantar anak-anak ke gereja di Yangon kerana kehidupan kami amat payah ketika itu. Selepas setahun mereka di sana, seorang daripadanya dilaporkan hilang.

“Saya cuba menghubungi pihak gereja tetapi mereka tidak tahu tentang kehilangan Min Paing. Puas saya mengiklankan ke dalam akhbar namun tiada siapa menghubungi kami,” katanya.

Dua tahun kemudian, beliau dimaklumkan, anaknya direkrut selepas menerima gambar kiriman bersama lima kanak-kanak lain lengkap dengan seragam tentera sambil memegang senjata.

Pegawai penguat kuasa undang-undang kemudiannya menghubungi beliau dan menyatakan anaknya menyertai tentera.

“Anak saya beritahu, dia tidak gembira menyertai tentera dan mahu melarikan diri,” katanya.

Dibebaskan

Selepas mengetahui keadaan anaknya, Soe Paing menghubungi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertahanan untuk melepaskan anaknya  dan usaha itu hanya berhasil selepas 18 bulan.

Kini, Min Paing berumur 19 tahun dan tingkah lakunya amat kasar serta tidak menghormati orang.

“Saya bimbang bukan sahaja tentang masa depannya tetapi bimbang setiap kali dia keluar rumah. Saya bimbang, sekiranya dia ditangkap semula walaupun ketika dia keluar dari tentera diberi jaminan keselamatan dan perlindungan,” katanya.

Perjanjian PBB

Selepas lima tahun rundingan dilakukan, Myanmar menandatangani Pelan Tindakan Bersama Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pelan ini hanya membenarkan kanak-kanak berumur 18 tahun untuk direkrut.

Di bawah perjanjian ini, segala pengambilan di bawah umur harus dihentikan dan petugas PBB juga dibenarkan melakukan pemeriksaan mengejut di pangkalan tentera, penjara dan kawasan lain bagi memastikan tiada kanak-kanak di bawah umur dijadikan tentera.

AS$50 (RM156) harga kanak-kanak

Pengurus program askar kanak-kanak antarabangsa Charu Lata Hogg melaporkan, sejak tahun lalu, jumlah kanak-kanak direkrut menurun tetapi amalan ini masih berlaku.

“Pegawai askar masih ke stesen bas, kereta api dan pasar untuk mencari kanak-kanak sesuai dijadikan askar,” katanya.

Broker awam pula dibayar antara AS$30 (RM95) dan AS$50 (RM156) atau digantikan dengan satu tin minyak tanah bagi harga setiap kanak-kanak.

Kumpulan Hak Asasi Kanak-kanak

Pegawai perhubungan Pertubuhan Buruh Antarabangsa Steve Marshall berkata, ramai kanak-kanak mempunyai dokumen pengenalan palsu.

“Jumlah direkodkan amat sedikit tetapi kami yakin 70 peratus identiti kanak-kanak di Tatmadaw  adalah palsu,” katanya.

Sejak Myanmar menandatangani perjanjian PBB pada Jun 2012 untuk menghapuskan tindakan merekrut kanak-kanak, seramai 176 orang dibebaskan.

Kali terakhir pembebasan dilakukan adalah pada Ogos 2013, dengan 68 kanak-kanak dibenarkan pulang dengan jaminan tentera dan kebajikan sosial"      

SiNAR HARiAN
Seperti Rambo

12 ulasan:

  1. kesian pulak baca
    mereka x merasai kemanisan zaman kanak2 mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Sedari kecil di doktrinkan rasa kebencian - kesannya kini menjadi peribadi yang kasar. Kesian.

      Padam
  2. kesian dekat budak ni..menjadi mangsa keadaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Pergolakan dalam negara memngheretnya menjadi Tatmadaw . Kesian

      Padam
  3. dalam cita rambo4 ada scene budak tentera 2..rasanya memang konflik kat sana memang sebijik cam dalam cita 2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin selain sebagai hiburan , filem itu juga memaparkan realiti yang berlaku..rasanya begitu.

      Padam
  4. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    Satu kembara kehidupan yang sangat mencabar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. insyaallah. Terima kasih juga sudi menyinggah.

      Ya. Terutama cabaran terhadap fitrah.

      Padam
  5. Betapa bersyukurnya kita tidak diduga seperti mereka..perjalanan hidup yang sukar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Semoga iktibar dapat kita perolehi dari kisah mereka.

      Padam
  6. rasa kecil hati dengan kerajaan myanmar dengan sikap tidak perikemanusian dengan memaksa anak-anak bawah umur menyertai tentera...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Benar tu. Bagaimanalah agaknya cara pemimpin rejim negara itu berperasaan. Sehingga sanggup bertindak sedemikian rupa.

      Padam