Ahad, 17 November 2013

Hadiah Istimewa

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Mungkin setakat ini , menerima hadiah nilai ratusan ribu ringgit sebuah Minie Cooper oleh adik Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila pemilik 5A dalam UPSR baru-baru ini di Negeri Che Siti Wan Kembang itu adalah yang paling menakjubkan.

Tetapi berbeza dengan M Tinesh, pelajar Sekolah Kebangsaan Datuk Bandar Rasah, telah memilih untuk memiliki hadiah 'hakiki' daripada bapanya.

UPSR 2013 , pastinya merubah diri M Tinesh buat selama-lamanya. Kerana - Berkhatan adalah pilihannya.

Mungkin ada yang berbisik - 'tidak ada hadiah lain ke nak di mintanya. Bukan Islam pun??'

Namun , atas faktor kebersihan dan kesihatan yang di yakini, adalah ilmu yang menjadi dasar kesungguhan M Tinesh merealisasikan buat diri sebagai hadiah yang istimewa.


P/s : moga di berikan Taufiq dan Hidayah - Insyaallah


----- ----- -----


BERTA HARIAN

NASIONAL

Pelajar India minta berkhatan hadiah UPSR

2013/11/17

Seremban: Walaupun bukan beragama Islam, seorang murid Tahun Enam, meminta kebenaran keluarganya untuk berkhatan sebagai hadiah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

M Tinesh (gambar kecil), 12, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Datuk Bandar Rasah di sini, menjadi satu-satunya peserta bukan Islam menyertai program berkhatan beramai-ramai di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), semalam.



Menegaskan tindakan itu bukan dipengaruhi pihak lain, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia menyimpan keinginan berkhatan selepas memahami kebaikan proses itu yang menjamin kebersihan diri dan mengelak banyak penyakit.

Katanya, hasrat itu disuarakan kepada bapanya sejak tahun lalu dan dapat direalisasikan tahun ini sebagai hadiah memperoleh keputusan 2A, 2B dan 1C dalam UPSR diumumkan, Khamis lalu.

“Saya teruja dan gembira kerana impian terlaksana tanpa halangan keluarga, malah mereka memberi galakan kepada saya.

Beri galakan kepada anak
“Sebelum berkhatan, ramai rakan memberi semangat supaya tidak takut. Tapi ada juga yang mengejek saya, namun itu semua tidak melemahkan semangat,” katanya yang tidak sabar untuk sembuh supaya dapat bermain dengan rakan.

Bapanya, A Maheysan, 47, berkata dia memberi galakan kepada anaknya kerana menyedari kebaikan amalan itu dalam aspek kesihatan.

“Saya membesarkan anak dalam persekitaran masyarakat Melayu dan menghormati amalan mereka. Malah, saya memahami kebaikan di sebalik amalan berkhatan dan mahu menjadikan amalan ini sebagai tradisi keluarga,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak lelaki bongsu.

Sementara itu, Pengarah HTJS, Datuk Jaafar Che Mat, berkata 27 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menyertai program kali ketiga dianjurkan hospital itu.

“Program ini dilakukan mengikut tradisi Melayu, dimulakan dengan paluan kompang sebelum mereka dimandikan beramai-ramai. Namun kita tiada sungai di sini, tapi kita gantikan dengan pancutan air oleh bomba.

“Tidak kira apa jua bangsa, amalan berkhatan sesuai dilakukan untuk menjaga kesihatan diri. Saya gembira semakin ramai orang bukan Islam menyedari kebaikannya,” katanya.




16 ulasan:

  1. ini lagi terbaik... insyaallah boleh pergi jauh tuh

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.salam perkenalan.
    Anak minta khatan ? terbaik..
    Berapa ramai anak melayu kita minta dikhatankan semasa musim cuti sekolah ini ? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam berkenalan juga :)
      Insyaallah, ada juga yang memintanya - selain yang di minta.

      Padam
  3. kat sini, swak...
    yg beragama selain islam..kaum iban jugak berkhatan
    1st time dgr agak pelik, rupanya ia dah lama diamalkan kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanaallah. Begitu rupanya.
      Terima kasih ya kongsikan info tersebut.

      Padam
    2. sama2..yumida pun baru tahu last year, coz hb yumida MA
      kat sini kwsn pedalaman, mostly bukan muslim
      ade yg dtg dari jauh, meredah sungai, semata2 nak hantar anak diorang bersunat, kesian pulak tengok diorg, keluarga org susah, biasa malam je hb dpt jalankan operasi sunat, coz ia di luar tugasan waktu pejabat. bayangkan malam2 dgn perahunya, dengan lampu suluh lagi menyeberang sungai

      hujung thn mcm ni..sekitar bulan 12 nanti.. mmg byk jadual sunatkan budak.

      Padam
    3. Masyaallah, begitu sekali kesanggupan mereka ya. Dan hb Yumida pula berhati mulia peruntukkan masa demi menguruskannya. Moga sentiasa dalam Rahmat Nya.

      Padam
  4. menarik entry kali ini...sempoii...

    BalasPadam
  5. bagus betul anaknya minta khatan.. ternyata apa yang digariskan dalam agama islam ad hikmah yang cukup besar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Benar. Islam itu agama fitrah. Kesempurnaannya sukar untuk di tolak.

      Padam
  6. Bagus adik Tinesh ni. Berpandangan jauh. Mungkin banyak pembacaan dan pergaulan, telah membuka mindanya untuk berkhatan. Berkhatan juga menjadikan seseorang itu lebih bersih.

    BalasPadam
  7. bagus betul anak murid tu sebab berkhatan. semoga diberi hidayah. AMIN~

    BalasPadam