Jumaat, 8 November 2013

Padang ragut 'mesra ternak'




PULAU TIKUS, TANJUNG - Bukan kanak-kanak yang bermain di taman permainan, sebaliknya sekawanan lembu yang sentiasa berada di kawasan tersebut.

Keadaan tersebut sekali gus meresahkan penduduk di Taman Solok Midlands untuk mengunjunginya ketika waktu riadah.

Penduduk, Anna Yoon berkata, dia hairan dengan sikap pemilik lembu yang tidak mahu menjaga haiwan ternakan mereka sehingga dibiarkan bebas mengganggu orang ramai.

Menurutnya, hampir setiap petang sekawanan lembu berkenaan akan meragut rumput di taman tersebut.

“Anak-anak kami juga jadi takut sehingga tidak mahu bermain di luar, sedangkan pihak perumahan sudah menyediakan kemudahan yang begitu baik.

“Kalau boleh saya amat berharap pihak bertanggungjawab seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memantau pemilik lembu yang tidak mahu menjaga haiwan ternakan ini, sebolehnya ambil tindakan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Rosliana Abdullah berkata, dia dan dua lagi rakannya juga hairan kenapa pemilik haiwan berkenaan sengaja membiarkannya di kawasan awam.

Menurutnya, bukan sahaja taman permainan tetapi lembu tersebut akan membuang najis di hadapan kawasan perumahan penduduk.

“Mana boleh kita hendak marahkan haiwan yang tak tahu berfikir, sebaliknya tuannya yang perlu dikenakan tindakan.

“Kadang kala lembu-lembu ini akan berkeliaran di Jalan Gotlieb yang menjadi juga salah satu jalan utama dan paling sesak pada waktu petang,” katanya.

Tarikh: November 8, 2013
Sumber: Sinar Harian















8 ulasan:

  1. Sayang padang yang cantik dah jadi padang ragut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Perlu ada tindakan segera. Persekitaran agak kurang selesa nampaknya.

      Padam
  2. rasa tak selesa apabila terpaksa berkongsi kemudahan asas dengan haiwan.. seharusnya pihak berwajib juga mengenakan tindakan yang tegas dengan mengenakan notis amaran dan denda kepada tuan haiwan berkenaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Kena bertindak segera sebelum terjadi perkara yang tidak menyenangkan hati.

      Padam
  3. adeh macam mana bela lembu macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Harapnya penternak lembu tersebut dapat perbetulkan kesilapan-kesilapan begini.

      Padam
  4. alahai.. siapalah pemilik lembu ni....

    p/s: done folow sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Mungkin sudah mengikuti kisah lembunya di media ini.

      *terima kasih ya follow :)

      Padam