Membaca akhbar pada hari ini saya mulakan dengan Sinar Harian pagi tadi. Dan sesuatu yang menakjubkan antara terkandung di dalamnya ialah mengenai Seni Jalanan Tetris.
Di beritakan , Tetris ialah corak permainan video di era 90-an dulu. Tetapi kini sekumpulan artis yang memiliki nama Bodies telah menjadikannya sebagai Seni Jalanan.
Medium untuk perlaksanaan seni ini adalah seperti bawah bangku di taman, lengkungan tingkap dan ruang - ruang yang sempit seperti yang telah di lakukan di bandar Bangor, Britain.
Seorang ahlinya berkata , seni ini amat menuntut kekuatan mental dan fizikal. Namun merasa puas apabila ianya menarik perhatian pejalan - pejalan kaki yang melalui kawasan tersebut untuk menonton aksi mereka.
Mahmud Thalut 2014
sungguh unik lukisan yang dilukis itu..
BalasPadamYa. Unik sekali. Untuk pengetahuan Puan , ianya bukan lukisan. Tetapi realiti yang di gayakan oleh manusia.
PadamTerima kasih ya Puan sudi menulis komen di sini.
Tetris dialam nyata dan bernyawa... :)
BalasPadamMacam2 cara utk menarik perhatian...dan dilabel pula sebagai kesenian.
Ya Tuan BM. Asalnya hanya mahu menarik perhatian sahaja :)
PadamTerima kasih ya sudi menulis komen di sini.
memang pelik betul seni jalanan, aku pun tak leh nak buat apa yang diorang buat tu.
BalasPadamYa betul. Melihatnya sahaja sudah dapat di rasakan kesukarannya.
PadamTerima kasih ya sudi menulis komen du sini
Dia orang ni memang kreatif..amazing!!!
BalasPadamYeahh.. Ianya hasil dari pemikiran yang pelbagai .
PadamTerima kasih ya sudi menulis komen di sini