Jumaat, 14 Februari 2014
PENGHULU SEGALA HARI
Assalamualaikum. Salam bahagia.
Semasa sedang ke sana ke mari menikmati panorama bandar baharu di tempat saya , pagi tadi ,hari ini , hari Jumaat yang semulia fadhilatnya , sekali lagi saya di paparkan dengan suasana keceriaan masyarakat kaum Cina.
Bagaimanapun, aktiviti perniagaan mereka tidak berhenti atau bercuti. Premis - premis di buka seperti biasa selepas beberapa hari bercuti sempena Tahun Baharu Cina pada hari Jumaat Januari lalu. Tetapi wajah - wajah kegembiraan masih jelas tergambar pada setiap individu di kalangan mereka. Bagai merayakan sesuatu sambutan sekali lagi.
Bila di amati , setiap lorong kawasan perumahan juga terdapat banyak kenderaan di letakkan di hadapan rumah. Ia luar dari kebiasaan. Tidak seperti hari - hari bukan perayaan.
Saya keliru , sehinggalah saya di beritahu dan akhirnya kekeliruan saya di padamkan dan berganti suatu pengetahuan yang sudah terpinggir dari peringatan saya .
Rupanya , sekali lagi hari Jumaat yang mengungguli hari - hari yang lain ini telah mengiringi masyarakat kaum Cina yang beragama Buddha meraikan satu lagi hari penting mereka iaitu perayaan Cap Go Meh, selain sambutan Tahun Baharu Cina pada Jumaat sebelum ini.
Okay. Selamat menyambut Cap Go Meh buat masyarakat Cina beragama Buddha.
Mahmud Thalut 2014
P/s : patutlah semalam (khamis) seakan ada majlis makan di sebuah dewan , anjuran masyarakat Cina .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
selalunya Chap Goh Mei ni dia orang celebrate besararan-besaran juga kan..area my house mercunnya berdentum-dentum!!!
BalasPadamYa. Di tempat kami juga ada kedengaran bunyi mercun. Sayup - sayup di tengah malam.
PadamTerima kasih ya sudi menulis komen di sini.
meriah juga sambutan cap goh mei pada tahun ini..
BalasPadamYa. Kemeriahannya jelas mengambarkan pentingnya sambutan tersebut bagi masyarakat Cina beragama Budha.
PadamTerima kasih ya sudi menulis komen di sini.