Google+ Followers

Sabtu, 22 Mac 2014

KASIH SAYANG TUHAN UNTUK HAMBA YANG DI DUGA

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Kehebatan Malam Cinta Allah dan Rasul pada malam semalam, Jumaat 21 Mac 2014 di Putra Jaya , amatlah menakjubkan.

Ini kerana, gema puji - pujian terhadap Allah dan Rasulnya menguasai segenap ruang angkasa dan bumi Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia itu.

Dan yang paling meremangkan roma sesiapa yang mendengarnya, malah amat penting terutamanya di dalam situasi negara yang masih di duga dengan permasalahan berat. Ianya ialah doa yang di panjatkan ke hadarat Allah oleh Yang Mulia Al Habib.

Berikut antara petikan secara ringkas:

Yang Mulia Habib Ali Zainal Abidin berdoa:

"Ya Allah, jauhilah Malaysia dari anasir yang memecah belahkan sesama manusia. Dan tolonglah kami selesaikanlah permasalahan yang sedang kami hadapi ini. Temukanlah #MH370 , Ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin"



Dan Habib Asseggof berdoa:

"Ya Allah, malam ini adalah malam yang sangat beruntung kerana kita berkumpul bersama para pemimpin negara kita. Marilah sama sama kita saling doa mendoakan. Pemimpin mendoakan rakyat dan rakyat mendoakan pemimpin. Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia. Mari kita mendoakan pemimpin negara kita semoga sentiasa beroleh kebaikkan. Dan tunjukkanlah pesawat kami yang hilang. Tunjukkanlah Ya Allah. Amin Ya Allah"


Sebagai kesimpulan, para pencinta Allah dan Rasul di kalangan keturunan Nabi Muhammad SAW ini, sangatlah saling doa mendoakan sesama manusia. Kerana itulah mereka sangat membawa kasih sayang sebagaimana yang di anjurkan oleh Baginda SAW.

Okay. Sekian sahaja ya ;)


Mahmud Thalut 2014 ...meninjau ke permukaan Insyaallah

8 ulasan:

  1. teringin nak pergi tengok live kat putrajaya malam tadi, tapi mak tak boleh berjalan.. tengok kat tv al-hijrah je malam tadi.. memang bagus program sebegini diteruskan dan dibuat sekerap mungkin.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanallah.
      Bakti Puan terhadap ibu sangatlah terpuji. Dan masih juga berpeluang selawat bersama Al Habib walau hanya menonton di Tv.
      Insyaallah.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini ;)

      Padam
  2. Harap-harap program macam ni diperbanyakkan. Kena compete dengan konsert yang banyak tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Puan. Semoga ia menjadi program tetap yang kerap. Insyaallah.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini.

      Padam
  3. ALHAMDULILLAH, program ni diharap dapat berterusan sampai bila-bila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya . Sekarang sudah nampak sedikit sebanyak anjurannya. Alhamdulillah.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini.

      Padam
  4. Terbaik Selawat Perdana malam kelmarin tuan.Pun tengok dekat TV hati ini tersentuh juga dgn ribuan Muslim datang untuk berselawat bersama.Takbir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Tuan Putera. Rasa kagum kerana Selawat Nabi menjadi pencetus pertemuan umat Islam yang ramai.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini

      Padam