Google+ Followers

Sabtu, 1 Mac 2014

BERTABAHLAH


Assalamualaikum. Salam bahagia.

Pernah satu ketika sesudah bersarapan pagi di sebuah kafe di sini , di tempat saya, tiba - tiba di kejutkan oleh seorang lelaki. Beliau sedang menyapu sampah di tepi kaki lima sepanjang deretan kedai. Beliau tiba di hadapan kafe tempat saya bersarapan.

Belum sempat saya berpeluang menghidupkan enjin motosikal saya , beliau sudah perdengarkan rungutan kepada saya. Maka ia sungguh pelik.

Rupanya , rungutan tersebut bukanlah di tujukan untuk saya. Tetapi cuma sebagai luahan perasaan sahaja. Dan saya adalah tempat untuk beliau perdengarkannya. Kasihan.

Mungkin pembaca mahu tahu apa yang di ceritakannya itu?

Begini. Beliau ialah seorang pekerja Majlis Daerah. Pekerja am. Tugasnya sekadar menyampu dan mengemas kawasan dengan membersihkan jalanan yang terdapat sampah sarap. Setiap pagi itulah rutinnya. Dan kelihatan sungguh dedikasi. Rajin.

Semasa beliau sedang fokus menyampu sampah, beliau di sapa oleh seseorang. Beliau di tegur agar berhenti menyapu kerana habuk akan berterbangan masuk ke ruangan kafe dan kenderaan seperti kereta akan berdebu.

Ini telah menimbulkan rasa berang beliau.

Masakan tidak, kerja yang telah di amanahkan dan di laksana dengan komitmen yang tinggi itu akhirnya di anggap memudaratkan suasana pula.

Sambil beliau bercakap lantang, tangan masih melekat pada batang penyapu dan tetap meneruskan kerjaya mulianya itu tanpa berputus asa.

Ya. Bagi saya, luahan lantang tersebut
mungkin satu keperluan untuk beliau mengekalkan kekuatan jiwa selama berada di dalam kerjaya yang mencabar emosi itu. Mungkin bukan sekali dua , tetapi entah berapa banyak agaknya beliau bertembung dengan situasi demikian.

Semoga beliau terus bertabah.


Mahmud Thalut 2014

4 ulasan:

  1. Kesian juga kan..Niatnya baik tapi tulah, kalau disapu semasa orang makan da debu beterbangan tak elok jugakkan..Mungkin kena settelkan area lain dulu then baru bersihkan tempat tersebut. Apa-apa pun itu adalah sebahagain dari dugaankan..kena sabar..Salam hujung minggu MT!!!

    BalasPadam
  2. Ya. Harapnya ada pendekatan yang memudahkan kerja dan suasana tetap terpelihara. Salam hujung minggu juga Puan RDZ Z.

    Terima kasih kerana sudi menulis komen di sini.

    BalasPadam
  3. memang menuntut kesabaran yang tinggi bekerja begitu ya.. beliau mahu menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin, namun ada pula insan lain yang menghalangnya.. tentu banyak pahalanya jika beliau bersabar..

    BalasPadam
  4. Ya Puan Mizz Aiza. Harap beliau dan yang sejawatannya mengambil peluang itu. Tiada tolok bandingnya.

    Terima kasih ya sudi menulis komen di sini.

    BalasPadam