Google+ Followers

Jumaat, 16 Ogos 2013

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Sekali lagi AidilFitri yang mulia ini bersama-sama Sambutan Kemerdekaan berkongsi ruang meraikannya. Bulan Ogos iaitu Bulan Kemerdekaan kali ini masih tidak terlepas dari di berkati oleh Rahmat Syawal. 'Nikmat berganda' yang di rayakan setahun sekali. Kedua-dua hari besar tersebut tekad menceritakan perlunya KEBEBASAN.

Ogos 1957. Sesuatu yang tidak dapat di pisahkan dengan Pembebasan Malaya dari cengkaman penjajah. Tharikh yang menjadi 'KERAMAT' bagi kita rakyat Malaysia. Hari yang menyaksikan Union Jack turun ke bumi. Sejarah Jalur Gemilang berkibar megah di hembus udara kebebasan yang membawa suara bergema laungan "MERDEKA !, MERDEKA !, MERDEKA !" oleh Bapa Kemerdekaan iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Tentunya ia adalah kemenangan yang sangat berharga dari segala-galanya. Membebaskan negara dan rakyatnya setelah beratus tahun bersilih-ganti di takluk penjajah. Sesiapa yang menjiwai erti kemerdekaan itu sendiri, pastinya mereka akan lebih menghargai setiap detik pada hari tersebut.



SUDAH sedia maklum bagi majoriti umat Islam, garisan mula Syawal adalah kemuncak penamat perit-jerih meranjaui sepanjang bulan Ramadhan. Berlapar dahaga , keberkatan di jaga , akhirnya kemenangan tiba untuk pemiliknya. Terutama makan dan minum sepuas-puas rasa. Baju-baju baru berpasang-pasang seronok di peraga. Hari yang penuh dengan rasa bebas dapat bersyukur kepada Tuhan yang meMerdekakan. Melepasi sebulan yang penuh keterbatasan dan ketaatan .

Ianya memang layak di kecapi oleh yang menghayati berkat kesusahan Ramadhan. Yang menjiwai penderitaan 313 yang terpilih menyertai BADAR bersama-sama Rasulullah SAW.  .Peperangan penting yang di beri oleh Tuhan dengan kemenangan besar yang luar biasa. Demi membebaskan umatnya di akhir zaman. Demi membebaskan kita. Membebaskan kita dari tidak beriman kepada Allah. Membebaskan kita dari beragamakan selain Islam. Berjasanya Badar Yang Qubra, sangat memberi erti yang besar kepada Islam. Kerana tanpa kemenangan pertempuran tersebut, Islam itu sendiri tidak akan ada pada hari ini.

Begitulah Ramadhan yang penuh dengan muhasabah adalah sebagai inspirasi bagi Kemenangan Syawal yang menggembirakan. 



Gambar Hiasan







2 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Sudi juga menyinggah ya. Blog ini yang tidak sepertinya. Terima kasih :)

    BalasPadam