Selasa, 27 Ogos 2013

KHABAR KHABAR

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Ramai juga orang yang berkata, huru-hara yang kian menjadi-jadi di luar negara sekarang boleh berjangkit ke dalam negara kita, Malaysia tercinta ini. Mereka-mereka ini mengingatkan, jangan sangka Malaysia tidak boleh jadi demikian rupa. Bila-bila masa sahaja. Kini bunga-bunga ke arah itu sudah dan sedang berputik.

Agak seram sejuk juga bila mendengar telahan mereka ini. Macam ianya comfirm akan berlaku.

Bagaimana agaknya ya jika ia benar-benar terjadi? Keluarga kita? Harta benda? Suasana? Perhubungan? Diri kita sendiri?  Agama kita?

Emm.. Banyak persoalan yang timbul. Hingga jika di fikirkan, jawapan-jawapannya semua menjurus kepada kerosakan, kemusnahan dan kematian. 

Siapalah yang inginkan perkara sedemikian berlaku di dalam negara sendiri. Tentulah kita sentiasa berdoa dan berusaha agar tidak menerima keadaan sebegitu.

Harap-harap, mereka-mereka yang peka atau sentiasa memerhati lalu mungkin merasa pasti suasana haru biru itu boleh berlaku di dalam negara, mereka ini juga sudah bersiap dengan formula-formula untuk menggagalkan atau meredakan keadaan.

Ada pun terdapat 2 versi di kalangan mereka ini.  Sebahagiannya terdiri dari pemikir-pemikir dan ahli-ahli akedamik dan agama yang bijak pandai. Yang sentiasa menggali idea-idea terancang bagi membantu struktur keselamatan negara dan rakyat. Dan sebahagian lagi adalah 'tetamu-tetamu' tetap di warung-warung dan kedai kopi yang sentiasa bertemankan DamHaji :)

Baiklah. Bertemu lagi di lain waktu. Sekian. Ampun maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan