Selamat Hari Raya.
Di Syawal yang masih awal ini tentunya padat dengan aktiviti ziarah-menziarahi. Sama ada di kalangan keluarga mahu pun rakan taulan dan juga jiran.
Jika yang masih bercuti pastinya tidak melepaskan masa dan ruang yang sudah di beri. Yang sudah mula bekerja pula, di sebelah malam adalah pilihan terbaik untuk program beraya.
Apa pun suasana hari raya tentunya mewarnai hitam putih tempat kerja. Paling seronok,kerana bos bersama pentadbiran akan anjurkan majlis hari raya untuk para stafnya. Bekerja pun di temani pelbagai kuih raya yang di bawa. Emm.. Seronok tu.
Begitulah anugerah Syawal kepada lepasan-lepasan peserta kursus sesi Ramadhan. Sebulan bersusah menghindarkan hati dan tubuh dari larangan-larangan. Kemuncaknya di limpahkan nikmat sebagai hadiah dari Pemberi Rahmat. Semoga ada keberkatan.
Baiklah.Dari kelemahan yang memenuhi diri ini dan sebagai hamba Nya yang cuai dan lalai, tentunya muai dengan kesalahan dan kesilapan. Atas kesempatan ini saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang melayari blog ini. Maaf Zahir dan Batin. Terima kasih ya.
*HAMBAkanlah HAMBA*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan