Assalamualaikum. Salam bahagia.
1).
" Ya Allah. Saya mohon dari Mu , untuk di limpahkan kekayaan kepada saya pada hari ini , saat ini. Kerana saya tidak mampu menunggu untuk menikmatinya di masa akan datang yang mungkin terlalu lama tibanya "
Itu ialah salah satu munajat atau doa dari seorang hamba Allah yang terperangkap dalam arus peningkatan taraf hidup pada hari ini. Hakikat yang berealiti itu amat menakutkan. Tiada siapa dapat menepis dari di rempuh oleh kedahsyatannya itu.
Tetapi yang ini lain pula ceritanya. Lainnya kerana doanya. Yang begini bunyinya :
2).
" Yaa Allah , saya hamba Mu yang hina. Yang hanya meminjam pemberian Mu. Yang jika Engkau tidak memberi , maka tiadalah untuk saya kecapi. Dan dengan kekayaan yang ada pada saya ini , dapatnya saya mengatasi segala kesulitan dalam hidup adalah kerana kekuasaan Mu Yaa Allah. Dan saya sangat - sangat mengharap , ia adalah pemberian atas Rahim Mu "
Ini ialah luahan rasa bersyukur seorang yang masih hamba Allah juga. Bukan selainnya. Sama. Seorang hamba. Cuma ,dia seorang kaya. Mungkin juga berjawatan dalam pentadbiran negara. Dan bait - bait lagunya , jika di perhatikan ia bukan sepenuhnya ciri merayu dan meminta. Tapi lebih kepada kesedaran dan kesungguhan berterima kasih kepada Tuhannya.
2014 - sebuah musim baru. Ada setengah dari kalangan mengatakan siri kali ini adalah tahun yang berhantu. Tahun bahana untuk mereka yang miskin dan berpendapatan rendah. Dan di sebalik suara itu , ada pula latar yang berbunyi , lembaran baru ini adalah garis mula yang amat mengembirakan bagi pendokong negara dan sekutunya. Mereka akan mengaut kekayaan sekaya - kayanya.
Apa pun kebarangkalian , 1. dan 2. contoh yang di tulis di atas itu adalah 'keperluan' yang sangat di perlukan. Baik oleh rakyat mahu pun di kalangan pemimpin. Penting untuk kestabilan negara.
Pergantungan kepada Allah . Pegangan agama yang ikhlas , yang di dahului oleh para pemimpin beragama Islam ,mampu menjana keharmonian dalam bermasyarakat seterusnya memakmurkan negara.
Siapa yang namanya berfitrah tidak cintakan kedamaian?
Pasti setiap dari kita , nalurinya berkehendak kepada kasih dan sayang. Skop yang di ceritakan ini sangatlah luas. Umumnya , 2014 ini , manusia sejagat mula mencuba mencuit hati sesama. Mula berkongsi perasaan bersama. Mula menilai diri. Berkoreksi.
Di khalayak kita juga, kini sudah mula saling mengenali hati dan budi. Rakyat dalam segan - segan pun , matang mengintai keinginan di dalam sanubari pemimpinnya. Juga sebaliknya, yang memimpin mula menyingkir rasa - rasa di dalam diri yang di lihat tidak menepati.
Walau adakalanya, air tumpah di baju sebelah, tapi ia tidak akan kekal basah. Kerana di dalam hati sudah ada agama dan Pemiliknya. Jadi , tidak salah jika berlapang - lapang bekerjasama untuk mengeringkannya .
Mahmud Thalut 2014 :)
seharusnya manusia saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain..
BalasPadamEntri Terkini: Sukar Memaafkan
Ya. Terima kasih ya sudi menulis komen.
Padamsederhana dlm segala hal..
BalasPadamYa. Terima kasih sudi menulis komen ya.
Padam