Google+ Followers

Isnin, 13 Januari 2014

OKI SUDAH KAHWIN

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Entri hari ini mengisahkan cerita yang telah di ceritakan. Yang ceritanya sudah tersiar dalam Harian Metro bacaan pagi saya hari ini.

Kali ini saya menulis mengenai Oki yang sudah berkahwin. Kenal dengan Oki?




Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Ketika Cinta Bertasbih , tentunya sangat mengenali aktres tersebut. Pemilik nama Oki Setiana Dewi ini , kini sah menjadi isteri kepada lelaki bertuah , Ory Vitrio.

Menurut yang di beritakan , Oki berhasrat mahu berkahwin
ketika umurnya 20 tahun. Tetapi
aktres jelita ini akur dengan ketentuan Tuhan untuknya bertemu jodoh pada usia 25 tahun.

Oki dan Ory merancang untuk berbulan madu ke sebuah destinasi yang indah iaitu di Iskandariah , Mesir.
Menyusul selepas itu akan ke Makkah pula bagi menunaikan umrah.

Selamat pengantin baru untuk Oki dan suami :)


P/s : mengundang minat yang dalam terhadap filem Ketika Cinta Bertasbih adalah ketika saya di khabarkan oleh beberapa informasi mengenainya. Di katakan filem ini mempunyai nilai - nilai kerohanian yang tinggi. Apa bila saya menghayatinya ketika menonton, suatu pesanan memaut hati kita.

Dan yang paling kagum , sebahagian besar pelakon - pelakonnya di katakan 'bukan sekadar melakonkan'. Tetapi hakikat kehidupan mereka seharian teguh menghayati Islam dan patuh meniti syariat Nya.


Mahmud Thalut 2014

10 ulasan:

  1. Oki.Gadis cantik yang cekal memegang prinsip Muslimah walaupun berlakon .Alhamdulillah.Tahniah untuk dia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Seorang muslimah dan kini berpeluang sebagai isteri solehah.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini.

      Padam
  2. tahniah kepada beliau.. semoga perkahwinan diberkati oleh Allah dan kekal bahagia hingga ke syurga.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Insyaallah ianya adalah penyatuan dua cinta hakiki. Sama - sama mendoakan :)

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini.

      Padam
  3. Tahniah Oki. Semoga berkekalan ke akhir hayat...& Salam Maulidul Rasul 1435 Hijrah Mahmud!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Maulidur Rasul kembali ya Cik/Puan Raudzah. 1435 Hijrah yang penuh barakah. Insyaallah.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini.

      Padam
  4. Tahniah kepada Oki. Semoga berkekalan jodohnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Mudah - mudahan baik baginya Insyaallah.

      Terima kasih ya kerana sudi menulis komen di sini

      Padam
  5. Alhamdulillah, begitulah yang kita mahukan. Bukan menjadi pelakon yang hanya belakon untuk cerita tersebut sahaja. Nampak sangat seperti memakai topeng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Harapnya , ini boleh di contohi oleh mereka yang bergelar pelakon. Insyaallah.

      Terima kasih ya kerana sudi menulis komen di sini

      Padam