Assalamualaikum. Salam bahagia.
Apabila tibanya waktu pagi , sebelum pergi ke destinasi untuk memulakan kerja , tempat yang awal di singgah adalah kafe atau warung kopi.Bukanlah mahu bekerja di situ , tapi untuk mengisi kekosongan kerja di dalam perut yang sejak subuh sudah berkriut - kriut meminta peruntukkan.
Ada juga yang sudah siap bersarapan di rumah bersama isteri tercinta. Yang mungkin lebih menambah selera dengan air tangan isteri sendiri. Namun , ada ketika beberapa faktor mendesak yang memerlukan individu itu bersarapan di luar .
Saling melihat - lihat jam di tangan membanding - bandingkan waktu, pagi yang semakin terang dan suasana di warung atau kafe , fikiran mula mengikut resah. Bukan kerana sudah terlalu lewat untuk ke tempat kerja , tetapi suasana hiruk - pikuk yang berlansung di dalam warung atau kafe pada pagi itu turut mempengaruhi minda.
" Teh 3 ! Dua tarik satu biasa ! "
" Nes 1 Mahkota Dewa 2 ! "
Begitulah. Berulang - ulang . Dan tukang bancuh air itu juga berulang alik dari tempat bancuhan yang berwarna perak itu ke meja pelanggan yang membuat order. Dengan jari - jemari yang mengepit 4 hingga 5 gelas di hantar sekaligus.
Biasanya , warung atau kafe yang sebegini sudah di kenali mempunyai pelanggan atau pengunjung yang ramai. Masakkan dan juadahnya pasti melayan selera . Biasanyalah.
Yang paling meresahkan di waktu itu ialah ,apabila minuman yang di minta tidak tiba - tiba . Tidak sampai - sampai . Yang di order sejak awalnya duduk . Hanya lalu sahaja di depan mata. Ini sangat menakutkan.
Ya. Menakutkan andainya lewat sampai ke tempat kerja. Gara - gara minuman dan makanan yang di pesan tidak di layan.
Apa pun , kekalutan tersebut bukanlah di sebabkan pengusaha warung atau kafe tidak memperduli. Atau pekerja mereka leka akhirnya lupa. Tetapi ia terjadi secara spontan. Situasi begini sebenarnya biasa dalam realiti. Kerana sudah ramai pelanggannya , banyak pula pesanannya , maka menuntut perkhidmatan memperlahankan kelajuan. Bukanlah pesanan - pesanan itu tidak akan sampai . Tentunya akan di tunaikan . Cuma mengambil masa. Dan ia menuntut sebuah kesabaran.
Sekian. Bye ;)
Ada ketika perlu lalui jugakkan situasi macam ni...Tapi tak apa ..bukan selalu dan tak disengajakan...
BalasPadamBenar. Adakalanya situasi begitu dapat mendidik hati.
PadamTerima kasih ya sudi menulis komen di sini :)
Padammungkin tuan kedai tu kena tambah pekerjanya.. apa-apa pun sebagai pelanggan kita kena bersabar juga..
BalasPadamBegitulah ya nampaknya kerana bertambahnya pengunjung. Ya , jadilah pelangan yang setia dengan kesabaran.
PadamTerima kasih ya sudi menulis komen di sini.