Jumaat, 10 Januari 2014

SUASANA BARU



Assalamualaikum. Salam bahagia.


Kebiasaannya di sini , di tempat saya , di satu tempat dalam Negeri Johor pada tahun lepas, yang masih belum lama berlepas itu, pada setiap hari Ahad suasananya sunyi sepi selepas waktu subuh bila pagi menjelang. Jalan rayanya lengang. Boleh sahaja jika ada sesiapa yang mahu berlenggang - kangkung di atasnya. Insyaallah selamat :). Sekali - sekala adalah kenderaan yang lalu di situ. Tidak seperti hari - hari yang lain.

Ini bukanlah jalan kampung yang jauh melorong ke dalam. Tetapi jalan utama yang menghubungkan beberapa pekan , bandar dan ke lebuh - raya.

Adalah sayup - sayup suara seorang dua sedang bersembang di warung yang sudah sedia di buka sejak awal pagi. Biasanya mereka itu sebahagian penduduk yang menunaikan solat subuh di surau atau masjid. Singgah bersarapan dan membungkus bekalan sebelum pulang ke rumah.

Ini kerana , hari Ahad adalah hari cuti umum pada masa itu. Mereka yang berkerja , sama ada yang bekerja dalam kerajaan mahu pun di sektor swasta bercuti pada hari itu. Jadi lenganglah suasana di jalan raya.

Apabila pagi yang samar - samar kian terang di jengah cahaya matahari , sekitar jam 8:00 pagi , barulah akan kelihatan deretan kereta di tepi jalan raya. Dan di lihat ramai orang memenuhi ruangan kedai - kedai makan atau warung untuk menikmati sarapan pagi di hari minggu bersama keluarga dan sahabat handai.

Begitulah rutin peristiwa hari Ahad. Hujung minggu yang sunyi di awal pagi. Lenanya panjang. Kadang - kadang ada yang memanjang ke tengahari - bukan waktu , tetapi orangnya :).


P/s: walaupun cuti hujung minggu kini di Negeri Johor di tukar dari hari Ahad kepada hari Jumaat , suasana seperti yang di ceritakan tadi tidak lagi berlaku pada hari Jumaat dan pada hari Ahad. Ini kerana sektor swasta tidak terikat dengan ketetapan cuti tersebut. Bermakna , jika mereka yang bekerja dengan kerajaan bercuti , pekerja swasta dan yang bekerja sendiri masih beraktiviti seperti biasa. Begitu juga sebaliknya.

Jadi , setiap hari seawal pagi, hari - hari bermula dengan suasana hari bekerja. Bagus juga kan ;)


Mahmud Thalut 2014 :)

8 ulasan:

  1. agak janggal sedikit bila bertukar jumaat dan sabtu sebagai cuti mingguan tapi INSYA ALLAH nanti jadi satu kebiasaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Insyaallah. Kerana tahun baharu dengan waktu cuti yang baru , ramai juga bermula dengan rasa keliru.

      Terima ksih ya kerana sudi menulis komen di sini

      Padam
  2. Ya...alah bisa tegal biasa. Dulu masa belajar di Johor, pernah merasa lebih 6 bulan cuti Jumaat/Sabtu sebelum ditukar ke Sabtu/Ahad....dan kini kembali pula ke Jumaat/Sabtu. Semoga kekal selamanya...asyik berubah jer pun pening juga... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Tuan BM. Harap ia berterusan tanpa di tukar - tukar lagi :)

      Terima kasih ya kerana sudi menulis komen di sini.

      Padam
  3. semoga diseragamkan untuk negeri lain juga cuti pada hari jumaat dan sabtu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Puan. Mudah - mudahan begitu. Sememangnya yang di idam - idamkan oleh masyarakat Islam .

      Terima kasih ya kerana sudi menulis komen di sin.

      Padam
  4. owh yeke. Swasta tak terikat. Saya baru tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Namun boleh memilih sendiri untuk tetapkan cuti sama ada Jumaat atau Ahad.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini

      Padam