Google+ Followers

Ahad, 5 Januari 2014

SIHAT

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Kudrat melambangkan keupayaan fizikal. Ada sebahagian dari kita , mempunyai kudrat yang luar biasa. Ada yang biasa - biasa sahaja. Dan ada juga yang hanya mampu sekadarnya.

Bagi mereka yang memiliki tenaga yang kuat , tentu mampu membuat kerja yang berat - berat. Di sebutkan , kerja untuk beberapa orang boleh di lakukan dengan hanya seorang sahaja. Ini sangatlah luar biasa. Pasti ada rahsia.

Pernah mengikuti perkembangan seorang kawan. Beliau tidaklah besar mana orangnya. Biasa - biasa sahaja. Tetapi setelah meninjau dan menyelidik tentang kariernya , beliau ialah seorang petani - pesawah.

Lingkungan kerja menuntut pengusahanya menjemur diri di bawah terik pancaran matahari. Bermain dengan lumpur hitam dan gatal - gatal kulit akibat miang terkena jerami.

Jika dulu - dulu , menanam padi menggunakan teknik 'mengubah'. Iaitu memindahkan anak - anak pokok padi dari tapak semaian ke kawasan bendang . Tapi kini sudah mudah. Hanya dengan memasukkan benih padi kedalam tong mesin pemyembur, kemudian tabur sahaja dari atas batas mengikut arah angin. Mudah bukan. Tidak lagi melenguhkan kaki meredah ciau sambil menghayun tangan.

Awalnya , saya merasakan tidak adalah apa - apa sangat . Kerja - kerja tersebut okay sahaja. Boleh juga di upahkan kepada orang. Tapi setelah saya meneliti , beliau usahakan tanah bendang seluas 50 ekar - seorang diri. Terkejut saya.

50 ekar hanya seorang yang mengerjakannya!

Namun , beliau tidak menafikan faktor lumrah yang berlingkung dalam kemampuan seorang manusia. Jujurnya beliau menjelaskan dengan keluasan bendang sebanyak itu , bukan 100 peratus tenaga beliau diperahkan. Ada ketikanya juga beliau tidak sempat untuk menyelesaikan beberapa bahagian atas sebab - sebab kesihatan atau penat dan urusan lain. Maka waktu itu pertolongan daripada kawan - kawan sekerjaya amatlah di perlukan juga.

Menurut beliau , kekuatan dan kemampuan yang beliau perolehi itu bukan kerana dirinya hebat atau luar biasa. Tetapi ia adalah rezeki kesihatan yang Allah berikan. " Apa sahaja kejadian , ada hikmah yang tersurat dan tersirat. Jika kita mahu semua orang punya kekuatan dan berusaha sebesar mungkin , bagaimana pula dengan mereka yang tidak mampu? Sebab , sedia kita maklum , di dalam dunia ini ada bermacam - macam makhluk yang tahapnya tidak sama ".
KUDRAT ialah antara nikmat yang di anugerahkan oleh Tuhan kepada kita. Tanpa kekuatan fizikal , kita mungkin tidak mampu membuat kerja - kerja yang sedia ada. Hatta , hendak berjalan pun mungkin sudah tidak larat dan bermaya.

Namun , dapat kita lihat atau perhatikan kehidupan di sekeliling , tahap keupayaan seseorang manusia itu sebenarnya sesuai dengan taraf kehidupan mereka.

Bye :)


Yang ini sama - sama kuat

6 ulasan:

  1. hebatnya dapat usahakan tanah seluas 50 ekar seorang diri.. nikmat kesihatan yang Allah bagi digunakan sepenuhnya untuk melakukan kerja..
    contoh perumpamaan seekor ayam.. jika ayam kampung pasti susah nak ditangkap untuk disembelih.. sedangkan ayam yang diternak dan diberi makan cukup nak sembelih senang je, buka pintu reban pun dia tak lari.. begitu jugalah manusia, jika dari usia muda bekerja keras pasti badan menjadi cergas dan sihat.. tapi yang bekerja dalam penghawa dingin tu mudah je mendapat penyakit seperti sakit jantung dan darah tinggi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanallah , ya nampak benarnya. Di belakang waktu dahulu , beliau adalah seorang yang bekerja di lapangan. Mungkin faktor tersebut ada peranannya.

      Terima kasih ya kerana sudi menulis komen di sini -

      menarik :)

      Padam
  2. Sihat sebelum sakit . Kesempatan nikmat sihat itu digunakan sebaik mungkin kerana memakmurkan bumi Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masyaallah. Ia adalah peluang yang sangat berharga . Manfaatnya untuk kesejahteraan dunia akhirat .

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini :)

      Padam
  3. wah.. bestnya kalau sihat, syukur rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Pemberian dari Tuhan. Alhamdulillah.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini.

      Padam