Selasa, 21 Januari 2014

DARI BUKU 2


Assalamualaikum. Salam bahagia.


Ya. Bersua lagi di entri kali ini. Dan hari ini seperti yang saya cadangkan pada hari semalam , iaitu saya akan sedikit menyambung cerita mengenai Ragaman Bahasa , yang permulaannya telah saya paparkan pada entri hari semalam bersama tajuk entri DARI BUKU...

Sedia maklum , senarai Ragaman Bahasa yang sudah saya tuliskan dari bilangan A hingga bilangan O di entri sebelumnya dan seterusnya berkenaan tajuk ini ialah sedutan dari buku lama berjudul BAHASA MALAYSIA KURSUS PENGAJIAN SENDIRI - spm&sap.

Hari ini pula saya ingin berkongsikan maksud - maksudnya.

Baik. Saya mulakan dengan Ragam Bahasa yang pertama iaitu:

A) Bahasa Sindiran

Ialah perkataan yang di tujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak di sebutkan secara terus terang, hanya di kiaskan kepada perkara yang lain kerana tidak suka hendak menyebutnya terang - terang. Jika orang yang di tujukan itu faham maka terlebih dalam makannya daripada perkataan yang di katakan dengan terus terang, misalnya:

"Orang yang baik itu ialah orang yang memberi faedah kepada orang lain"

(Dikatakan kepada seseorang yang selalu menjahati orang dan kita hendak menyindir akan jahatnya itu)
"Aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak rak di sini"

(Di cakapkan di hadapan kawan - kawan sejawat kerana menyindir mengatakan mereka tiada kerja betul)



B) Bahasa Menggiat

Tiada tepat seperti sindiran juga tetapi tiada berisi kias; maksudnya hanya setakat mengusik - kadangkala dengan tujuan bersenda - senda sahaja - sahaja dan kadang - kadang bersungguh - sungguh betul sehingga boleh menimbulkan perasaan malu kepada orang yang kena giat itu. Misalnya:

"Amboi besarnya hati teman kita itu, nak jadi penasihat! Awak pun tak bertimbangrasa, orang baru bukankah tak suka di kacau - kacau? Maklumlah orang baru.

( Menggiat seseorang yang baharu melangsungkan perkahwinan)

Biasa juga kita terjumpa misal - misal yang lebih panjang dan tajam dalam hikayat - hikayat dan suratkhabar.



C) Bahasa Mengejek

Iaitu bahasa yang mengatakan akan seseorang atau sesuatu kumpulan dengan perkataan yang tepat tetapi dengan gaya yang mengajukkan keburukannya serta mempermain - mainkan dia supaya nampak kebodohannya dan sia - sianya , atau supaya di tertawakan orang akan dia. Oleh itu sudah tentulah akan menaikkan marah dan sakit hati orang yang di kata itu.

Bahasa begini terkadang di sebut dengan sindiran , giatan atau pun dengan bahasa terbalik. Misalnya:

"Setengah orang yang pergi Eropah itu bukannya dengan niat yang ikhlas hendak belajar bersungguh - sungguh, hanya hendak mencari mem dan misi konon!"

"Pada hari - hari raya dan kadang - kadang hari Jumaat di kenakannyalah jubah kuning itu berjela pergi ke masjid serta dengan serban kerasnya, iaitu menunjukkan yang dia sudah haji - pada hal kosong!"


Baik. Rasanya cukuplah sampai di sini dahulu ya. 3 Bahasa Ragam yang telah saya huraikan maksud - maksudnya.

Untuk maksud Ragaman Bahasa seterusnya , saya akan paparkan pada entri hari esok Insyaallah ya.

Okay , berjumpa lagi pada entri berikutnya nanti :)



Mahmud Thalut 2014

2 ulasan: