Sabtu, 18 Januari 2014

BACA MEMBACA

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Membaca adalah kegemaran saya. Tetapi tidaklah layak di kelaskan sebagai ulat buku. Tidak banyak buku yang saya sudah baca. Saya sekadar senang dan mudah membaca.

Selain buku , surat khabar dan majalah adalah hidangan masa lapang saya. Jika di rumah , meja ruang tamu yang sentiasa berpenghuni dengan bahan bacaan kerap menerima tatapan saya. Adakalanya , susah untuk saya ke mana - mana kerana sudah melekat kuat di situ. Ini kerana sesuatu cerita atau berita itu ada yang menarik. Hingga sesetengah waktu saya perlu mengambil keputusan menangguhkan hal - hal yang lain.

Begitulah , membaca ialah kesenangan saya. Membaca buku , surat khabar dan majalah. Membaca blog juga sudah tersenarai di dalam koleksi senggang saya - biasanya ia di sebut sebagai Blogwalking.


Mahmud Thalut 2014

2 ulasan:

  1. bagus hobi membaca.. dapat mengisi waktu senggang dengan aktiviti yang berfaedah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Puan. Juga dapat menambah baik pengetahuan. Insyaallah.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini

      Padam