Selasa, 7 Januari 2014

SABAR - episod akhir

Assalamualaikum. Salam bahagia.

Entri hari ini masih bercerita mengenai menunggu makanan yang di pesan. Masih cerita semalam. Bergegas dari rumah mahu ke tempat kerja. Singgah bersarapan pagi di warung atau kafe. Memesan makanan dan minuman. Dan menunggu dengan sabar.

Semasa terkira - kira berapa lama agaknya pesanan mahu sampai ke meja dan membajet - bajet batas kesabaran kita , sebelum apa - apa , eloknya perhatian penuh di tumpukan dahulu terhadap adik, abang atau pakcik yang sedang bergendang dengan koleh dan gelas di pelantar pembancuh air itu. Bagaimana keadaannya ya? Gelagat mereka itu.

Dalam hal ini , tentu yang nampak jelas dalam situasi tersebut ialah kejenuhan dan kesungguhan 'tukang buat air'. Mereka ini sebenarnya adalah tulang belakang untuk perniagaan ini. Perniagaan makanan dan minuman. Mereka inilah orang penting . Dan seharusnya adalah aset kesayangan pengusaha.

Cubalah buka warung atau kafe , makanannya enak dan sedap - sedap belaka. Tetapi tidak ada jual air minuman. Bagaimana ya?

Baik, berbalik kepada situasi yang begitu 'huru hara' itu , sudah tentu dapat di lihat betapa pakcik , adik atau 'brader' yang sedang berusaha mahu menyediakan pesanan - pesanan pelanggan nyata bertungkus lumus. Bukan tangan dan kaki sahaja kelihatannya ligat dan pantas membancuh dan bergerak ke hulu ke hilir , malah telinga juga main peranan untuk peka dengan setiap lontaran suara yang meminta minuman yang pelbagai perisanya itu. Jika tersilap , di situlah akan terbuktinya sebuah kisah kesabaran yang paling unggul.

Di mana - esok , lusa , tulat dan bila - bila di masa akan datang , kita akan lihat mereka masih lagi tetap di situ untuk menunaikan permintaan kita.

Okay. Itulah akhir ceritanya . Bye :)

6 ulasan:

  1. kesimpulannya buat apa-apa kerja atau tugasan pun perlu bersabar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar itu. Anytime anywhere..

      *kisah ini , selepas saya melihat seorang pelanggan yang garang :)

      Terima kasih ya kerana sudi memberi komen

      Padam
  2. sabar ni boleh gak elak penyakit, aku rasa le

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telahan En Admin itu betul. Menurut seorang Tok Guru agama di Pondok Istiqomah , sabar itu mampu mengubati penyakit rohani - biasanya penyakit hati, katanya.

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini.

      Padam
  3. Alhamdulillah..that the end od fthe story..itu hanya sebahagian ujian ..banyak lagi yang menanti..kena bersabar banyak-banyakka!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes ..ada lot of story macam - macam lagi yang akan mendatang. Sabar adalah perisainya.

      Terima kasih ya kerana sudi menulis komen di sini .

      Padam