Sabtu, 11 Januari 2014

SEKOLAH BARU


Assalamualaikum. Salam bahagia.

Sejak bermulanya hari pertama persekolahan dalam musim yang baru tahun 2014 ini , di mana anak - anak yang mendapat pencapaian cemerlang di dalam UPSR dan PMR di tahun sebelumnya, ada yang sudah melangkahkan kaki ke satu suasana yang baru juga. Mungkin sesuatu yang asing barangkali . Tetapi rasa puas dengan kejayaan yang di perolehi itu mampu meredakan sedikit perasaan kekok yang membendung.

Di terima masuk ke sekolah berasrama adalah perkara yang sangat mengembirakan. Malah menyejukkan hati setiap ibu bapa yang telah berhempas - pulas menyara dan menyokong anak - anak mereka berusaha hingga berjaya dalam pelajaran. Kini tibalah musimnya. Dengan tawaran yang datang dari pelbagai sekolah. Dari setiap penjuru negeri. Ibu bapa boleh memilih ke mana hala untuk anak - anak mereka di tempatkan.

Dalam merancang atau meninjau - ninjau destinasi tempat menyambung persekolahan , anugerah - anugerah kecil juga turut muncul. Rezeki jangan di tolak. Selain hadiah dari ibu bapa , pada lazimnya pemimpin setempat seperti Ketua Kampung sebagai contoh ,bersama jawatankuasanya sering juga di lihat amat perihatin untuk memberi sedikit sumbangan berupa wang tunai dan cenderahati kepada anak - anak cemerlang dalam masyarakat bawah naungannya. Ianya sebagai penghargaan serta dorongan kepada anak - anak tersebut untuk lebih proaktif dalam pelajaran selepas itu dan di masa akan datang. Di samping sedikit sebanyak kecermelangan itu dapat juga mengharumkan nama kampung atau komuniti setempat tersebut.

Tidak di nafikan , untuk melihat anak -anak dapat menempah ke sekolah berasrama menjadi impian dan hasrat sebahagian besar ibu bapa. Kini , bagi yang di rezekikan , hajat itu sudah di makbulkan.

Mahmud Thalut 2014

6 ulasan:

  1. Selamat belajar ya adik-adik semua!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Semoga lebih berjaya semuanya .

      Terima kasih ya sudi menulis komen di sini

      Padam
  2. sekolah baru dan semangat pun baru.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Juga tercatat sejarah baru di dalam hidup anak - anak ini :)

      Terima kasih ya kerana sudi menulis komen di sini

      Padam
  3. Di mana sahaja pun menuntut ilmu, haruslah mengamalkannya. Belajarlah bersungguh-sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar cikgu . Itulah yang seharusnnya di praktikkan.

      Terima kasih ya kerana sudi menulis komen di sini.

      Padam